Thursday 22 August 2013

PROPAGANDA 4


Kringgggggggggg…..!



              Ya Allah, sape punya alarm clock la memekik ni! Aku lihat jam handset. Pukul 4.30. 4.30 pagi?? Silap kunci jam ke apa housemate aku ni? Bukan roommate aku sebab aku lihat dia tak terkutik pun di atas katilnya di sebelah aku. Alang-alang dah bangun, tiba-tiba rasa nak ke tandas. Aku menyelak comforter dan meletakkan kaki ke lantai. Mak ai, sejuknyaaa.

           Terfikir yang aku nak cepat-cepat sambung tidur, aku melangkah laju ke tandas. Dalam perjalanan, aku melihat pintu bilik sebelah terbukak sedikit. Terlihat housemate aku, penghuni bilik sebelah, Nia sedang berteleku di atas tikar sejadahnya. Oh, bangun qiam. Aku mengangkat bahu. Biasa la, budak sekolah agama. Ex DQ( Darul Quran) pulak tu. Qiamullalil maybe dah jadi macam wajib bagi diorang. Aku biasa-biasa je. Asal benda wajib aku buat, dah kira tahap selamat. Tak nak Nia perasaan kehadiran aku, aku cepat-cepat melangkah ke bilik air.

___________________________________________


                Esoknya kat kelas, mata aku macam panda. Apa lagi, si Epa tengok pelik, tapi tak bertanya. Biasa lah dia tu. Si Lisa asyik tersenyum aje kerjanya. Si Farhan pula, pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Dia ni memang nak jadi musuh utama aku gamaknya.

“Wey Hawa, asal aku tengok kau lain hari ni? Kau bangun qiam ehh? Hahah.” Tanya Farhan sambil tergelak tengok rupa aku. Terserlah ketidakikhlasan soalannya. Aku mencebik.

“Aku terjaga laa pukul 4.30. Lepas tu ingat nak sambung tidur. Tengok-tengok dapat tidur 15 minit je sebelum alarm aku pulak memekik. Pukul 6. Ahhh.” Aku mengeluh sambil memegang kepala yang bertutup dengan shawl biru. Farhan hanya tersengih-sengih di depan aku.

“Kau apa hal tersengih-sengih depan aku nih? Nak kena siku ke? Aku dah la takde mood sangat ni.” Aku mengacah nak siku Farhan. Farhan terus merenung aku tanpa kata. Dia ni bikin aku blushingggg.

“Aku tengok kau Nampak lain la hari ni.”

“Lain kenapa? Shawl aku lawa eh? Shawl baru.” Aku control. Padahal rasa nak siku-siku je mamat sorang ni. Ada ke pandang anak dara orang macam tu?

“Eh tak la. Em, em. Kau nampak macam.. macam panda tuaaa. Hahahaha..!"

“Farhannnnn…!”

Farhan cepat-cepat berlari anak ke tempat duduknya di belakang kelas sebelum sempat pencil case aku sempat singgah ke bahunya.



Tuesday 13 August 2013

PROPAGANDA 3



                 Aku tengok jam. Pukul 8.20 pagi. Alahai, apa barang la Madam Leeni ni asyik cancel class je. Baru je tadi class representative (class rep), Alif , beritahu berita yang tak berapa enak didengar. Bukan tak bersyukur, tapi last minute punya hal. Sebabnya, pukul 10 nanti ada kelas lagi, so kitorang kena tunggu jugak. Kot ye pun nak cancel, at least malam tadi ke. Tak payah lah susah-susah  buat barisan satu kilometer , berebut nak naik bas datang awal. Kolej aku memang lejen kalau bab-bab beratur tunggu bas. Yang paling penting, orang yang suka tidur lepas subuh macam aku ni at least dapat sambung beradu kejap. Dahsat betul anak Encik Berahim ni. Sah tak laku kalau masuk list wanita idaman. Entah-entah nak masuk list tu pun tak lepas.


               ‘Tak bestnya nak tidur dalam kelas. Tak syokkkk.’ Melalok pulak pagi-pagi buta aku ni. Cakap sorang-sorang. Aku pandang deskmate aku. Macam biasa lah. Dengan headphone kedabak dia, menyumbat telinga. Dah la warna hijau katak pisang! What a taste! Kejap-kejap kepala dia angguk-angguk, kejap geleng-geleng. Apa hal la dia ni. Aku membongkokkan sikit badan aku ke depan unttuk mengintai apa yang dibuatnya si minah ni. Di skrin laptopnya, terpampang lah manga, kartun online. Perghhh.. Gila takde kerja dia ni. Isi waktu lapang dengan dunia dia. Pastu kat sudut kanan laptopnya ada Gom Player, lirik-lirik lagu bergerak ke bawah, berganti-ganti dengan lirik-lirik baru.

                 ‘Ish, dia ni, patut la kepala terhangguk-hangguk, geleng-geleng. Karaoke rupanya?’ aku pulak tergeleng-geleng tengok budak sorang ni. Aku dengan dia. Perhh, memang jarang sangat bercakap. Dengan makcik tukang sapu pun lagi banyak cakap kot, daripada cakap dengan dia ni. Er, tipu ler tu kan.

_______________________________________________________
                 
                Tiba-tiba teringat hari pertama aku masuk dalam kelas Medicine13 tu. Saja aku pakai something yang kasual dan sempoi, taknak orang pandang aku minah skema. Seluar poket-poket(aku je panggil macam tu kot), dengan kemeja kotak-kotak warna merah dengan tudung hitam(faberet aku). Gila bedebor kot masa nak kena perkenalkan diri. Aku memang lantang, tapi bila time kena duk depan orang ramai gelabah semacam. Macam orang kena Agoraphobia(cari sendiri) pun ada. Nasib baik ok je. Aku pun masuk la tempat duduk semula.
                “My name is Nur Huzaifa binti Mohd Amin. Can call me Epa for short. Bla bla blaa.. “ aku lihat budaknya yang kena keluar selepas aku. Pakai jeans ketat, t-shirt sendat, tudung ditibai je ke belakang, tanpa pin. Ish dia ni. Aku dah mula dengan perangai suka komen orang. Diam-diam aku kritik minah ni sorang. Poyo pun ada.

____________________________________________________________
             
               “Hawa. Ooo Hawa?” suara lembut tu menyapa telinga aku. Khayalan aku hilang. Aku memusingkan kepala ke belakang. Balqis sedang tersenyum melihat aku.
“Kenapa Lisa senyum tengok Hawa? Ada air liur meleleh ke? “ aku meraba-raba muka sendiri. Takut ada air liur terkeluar masa aku tengah berangan. Aku bukan boleh percaya sangat. Walaupun bukan berangankan ayam goreng.

“Takde lah, Hawa ni suka sangat berangan kan? Tuu, tengok depan. “ Lisa memuncungkan bibirnya. Aku pandang ke dengar. Ek. Miss Jehanna dah masuk? Bila masa laa pulak.  Yang Cik Nur Huzaifa ni pun bukan nak warn aku awal-awal. 

Miss hanya tersenyum melihat aku. Tiba-tiba aku rasa kelas sangat sunyi masa tu. Perlahan-lahan aku pandang ke belakang. Yela, aku duduk meja paling depan dan paling tepi. Ekk. Semua rakan sekelas aku memandang aku sambil tergelak kecil. Makkk, Hawa maluuuu, semua orang tahu Hawa suka berangan.. .!

Monday 12 August 2013

PROPAGANDA 2


Semester pertama,  jadual agak pack jugak. Pergi kelas pagi, pukul 8, jumpa pintu pagar kolej kediaman semula pukul 4.30. Agak memenatkan jiwa dan raga. Heh. Aku hayun kaki yang menyarung crocs hitam, perlahan-lahan menuju bilik. Pak guard yang berjaga tepi pagar, aku bagi senyuman tak ikhlas. Penat badan lebih terasa. Haih, apa punya nasib lah dapat rumah(di kolej kami memanggil kediaman kami sbg rumah) blok hujung sekali. Nama je blok satu. Tapi paling jauh dari main gate. Keluhan sendiri dapat aku dengar. ‘Sabar Hawa, sabar.’ Mujur tingkat dua. Fuuh. Tu pun selepas tukar rumah, yang asalnya tingkat lima. Bocor. Untung badan, dapat tingkat rendah sikit. Sayang lemak. Haha.

Masuk je rumah, aku menuju ke bilik. On the way ke bilik, ada satu cermin panjang yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. Aku melihat arca aku sendiri di dalam cermin. Cukup simple aku pakai hari tu. Blouse putih bunga hijau, dengan seluar slack, poket di kiri dan kanan. Macam seluar askar. Tudung hitam, di pin di kedua-dua bahu. Ceh, sempat lagi tu usha diri sendiri. Huhu. Mata ke atas. Malas nak layan diri sendiri yang poyo, aku terus menghempaskan badan yang serba kepenatan ke atas katil. Mata di pejam sambil tangan diletakkan di atas dahi. Benar-benar penat. Dan satu, dua, tiga.. Aku terlena dan memasuki alam fantasi ciptaan sendiri.

________________________________________________________________



            “Wey Epa, apa cerita Korea yang latest? Lama dah aku tak hapdate.” Tanya aku sambil menyenggol siku deskmate aku tu sambil melongo jugak depan laptop dia. ‘Asyik layan Anime je budak ni. Apa barang?’ Aku sengih kat minah tu. Konfirm tak dengar, telinga asyik bersumbat aje. Epa angkat kening. Dicabutnya earphone dari bawah tudung.

“Apa hal pulak kau senggok-senggol aku ni? Ingat senggol-senggolan dangdut tu ke? "

“Ish kau ni sayik dengan dangdut dia aje. Tak laa, kau ada Korean movie yang latest tak? Lama dah aku tak melayan wey. “

“Oh, ada je. Skang kan tengah hot cerita Sungkyung Kwan Scandal? Alamak, bapak tak best kau ketinggalan. “ kata Epa dengan muka blurnya.

“Yeke?” Aku excited. Mula dah, pantang dengar ada drama best. Mata dah bersinar-sinar, sambil kedua tangan dirapatkan ke dada. “Mesti kau ada kan? Nak, nak, nakkkk.”

“Of course la ada. Aku dah lama khatam pun.” Epa kembali sibuk dengan animenya, buat muka malas nak layan aku.

“Eleh, tak best la kau ni. Takpe-takpe, aku tak kacau kau sekarang. Nanti aku singgah rumah kau eh, sedut ceghita korea, haha. “ Aku menepuk-nepuk bahunya, sebelum berlalu ke tandas. Dia ni bukan ok sangat. Aku pun tak rapat dengan minah ni eventhough kami deskmate. Cakap-cakap biasa  boleh. Nak cakap lebih-lebih, ish, memang jadi 'awkward moment.' Lagipun aku tahu memang tak sempat nak sedut sekarang pun. Kejap lagi lecturer nak masuk dah. Sempat lagi mata aku melilau sekitar kampus, tempat ramai student selalu berkumpul time gap 20 minit. Haish, mata liar, suka pandang anak teruna orang. Kantoi kang nanti, aku jugak yang susah. Nasib la, ada hobi pelik.


*nantikan episode seterusnya

-Srikandi Umar-


Saturday 10 August 2013

PROPAGANDA






Before masuk kolej persediaan tu, aku ada satu mindset. Macam ada satu expectation, amende yang ada kat kolej tu. Korang nak tahu? Jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu, mata ke atas dan fikiran melayang, cuba membayangkan apa yang akan aku hadapi di sana. Kolej tu nanti mesti penuh dengan anak orang kaya. Akan ada yang free hair, yang agak sosial. Dan macam-macam lagi lah environment baru yang aku kena adapt. Yela, budak kampung. Sekolah harian biasa pulak tu. Kenapa aku boleh ada fikiran macam tu ea? Yelah, kolej yang orang-orang nak pergi oversea laa katakan. Mesti semua stylo-stylo. Haha. Senior pulak takkan jeling dah junior. Busy nak study kann. Apa punya akal la. Ni semua propagandaaa iluminati. Heh? Sesuka hati kau aje.

Last-last, masuk situ, semuanya upside down. Terbalik dengan apa yang aku fikir. First kejutan apa? Haa, ni diaa.

Tengah-tengah aku repack barang-barang lepas daftar, tetiba masuklah dua orang srikandi. Bertudung labuh bulat. Yes, both of them. Aku dah pandang-pandang roommate aku yang duk sebelah. Haha. Roomate aku tuh memang aku kenal sangat. Plan nak duduk sekali right after dapat tawaran masuk ke situ. Ehem, so first expectation aku crossed out! Selama sepanjang orienstasi, beberapa kerat je aku tengok yang free hair. Yang lain kebanyakannya sopan aje. Haih, propaganda.

Hari-hari seterusnya aku turun la surau kolej, nak imarahkan surau kononnya. Then, another expectation crossed out! Sape kata senior tak endah kat junior? Haaa, abeh semua latar belakang aku disiasatnya. Macam polis dalam CSI yang pencen. Terlebih mesra pulak an senior-senior ni.


Dan lagi hari-hari seterusnya, makin banyak expectation aku yang crossed out. Semuanya memang propaganda. Propaganda fikiran aku sendiri. Haha. Hakikatnya, mereka semua sama saja macam aku. Gamaknya, mereka pun fikir macam aku fikir sebelum masuk kolej itu. Yela, semua pun manusia biasa macam aku. Budak hingusan macam aku gak. Haha. Makin hari, semua propaganda itu lupus sedikit demi sedikit. Adaptation berlaku.

*bersambung di kemudian hari

-Srikandi Umar

Propaganda adalah cerpen yang berkesinambungan untuk beberapa episode! Moga sabar menanti next scene. 


Wednesday 10 July 2013

TAKNAK JADI TIN KOSONG!




Another cuti panjang. Ujian bagi seorang daie. Atau lebih khusus, ujian bagi seorang AKU kot? Terutamanya yang umur bak benih yang baru bercambah dalam jalan dakwah. Oh, puitis.

Ini seryes! Tangan ini menulis pada kali ini setelah sekian lama tidak mengapdate apa-apa kat page ni. Hem, akibat daripada final A-Level kot?

Aku kuatkan diri untuk menulis sebab apa? Sebab? Sebabnya aku perlukan kekuatan untuk tidak tunduk pada nafsu dan hasutan syaitonirrajim yang asik membuai-buai diri. Nak gelakkan syaitan sikit, haha. (dasat).

Penulisan kali ini hanyalah untuk mendapatkan semula mood menulis setelah almost tiga bulan blog ini dihuni dan dibuat tempat bermastautin oleh labah-labah dan serangga sewaktu dengannya. Dushh, please jangan mengarut boleh?

Hem, kadang-kadang bila jauh dari akhawat dan sahabat-sahabat yang solehah, mulalah diri ini nak buat onar. Iman tu pulak macam roller coaster dah. Turun naik turun naik. Kalau naik semula takpe gak, kalau turun tak naik-naik? Kang naya tu, naudzubillah! Apatah lagi bila temptation makin berganda-ganda pulak bila keluar dari kepompong tarbiyah di kolej. Kan kan? Perghh, dengan TVnya, novel cinta tangkap lelehnya, games, movie Koreanya, Hindustannya, katil dan bantal peluk yang asik memanggil kita, tak sabar nak dihempuk dengan badan besau kita, kan kan?

Tolonglah brader, eh, sister! Apa, tarbiyah yang kau dapat selama ni hanya valid bila kau dalam biah solehah ke? Bai, tu dunia semua tu, duniaaaa!
Ok, kena marah dengan diri sendiri. At least ada lagi iman-side dalam diri aku kan? Peace no war.

Baru second day kot duk umah sejak cuti haritu, tapi Allah je tahu tahap mujahadah dalam diri ni. Fenomena biasa kalau 'bercuti'. Kenapa lah nafsu nak buat benda lagha ni tak lali dengan masa lapang kita ek? Kalau tak, takde lah dia(nafsu) excited sangat nak membawa kita ke arah buat benda sia-sia kan? Ok, well done is better than well said, bak kata pepatah orang Kelantan.

Aku toleh kiri katil, aku nampak novel bertingkat-tingkat dalam rak buku. Aku pandang kanan, buku tarbiyah juga sama tingginya. Bezanya, novel tu dah berkali-kali aku khatam. Kalau ada anugerah kategori Paling-Banyak-Khatam-Novel, akulah yang paling layak kot. Tapi, buku tarbiyah tu, hanya baru berapa kerat yang aku dah habis. Tu pun kalau nak kira yang betul-betul aku dapat absorb masuk direct lam hati?

Shame of urself!

Oh no, i'm proud of myself, yes? 

Why? Sebab aku masih dalam proses mujahadah kot. Dan proses itu akan berterusan sehingga syurga aku gapai. :)

Hai nafsu yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al-Fajr : 27-30)

Lantas aku mencapai salah satu buku dalam koleksi tarbiyah aku. 'Jalan Cinta Para Pejuang.' Senyum control ayu. Aiseh!


**
Moral of the story nya apa?
Kita manusia biasa yang akan ada tarikan. Hanya ada dua tarikan itu. Sama ada tarikan keimanan atau tarikan syaitan (Muqaddimah Muntalaq). Sekejap sini, sekejap sana. Sebab? Kita adalah manusia. Tapi, bezanya, apa kita nak buat kalau kita dah kuat sangat tarikan ke arah tarikan syaitan sana?  Jawapannya, mujahadah. Yep, sapa kata mujahadah tu benda kecik? Besaaa pahalanya, tahu? Tanpa mujahadah tak ada lah orang-orang yang beriman, tahu? And ofkos mestilah ditambah dengan rempah ratus yang lain juga.

Bila terasa diri kita mula terbuai dengan kealpaan dan kelalaian dalam menjalani tanggungjawab yang sepatutnya, lantaslah bangun dan hempuk sikit diri anda, bagi sedar! Huhu. Jangan duk syiok sangat dengan lagha, taknak keluar dan tarik diri dari tarikan tu pulak, noo? Cuba pegang dada, tanya dalam diri masing-masing, sudah cukupkah bekalan kita? Bekalan kita sebagai daie? Sebagai orang yang nak menarik orang lain ke arah Allah dan islam?

Teringat kata-kata seorang akhawat tercinta,
"Kita seorang daie hendaklah sentiasa bersedia dengan apa-apa ujian yang akan mendatang. Dari semua arah. Sentiasalah mencari ilmu, jangan jadi daie yang lalai."

Jangan jadi daie yang lalai, tahu! (Hempuk diri sendiri ni!)
Islam tidak perlukan tin-tin kosong. Islam perlukan pejuang! Gulp!

-Ika Rahman
*Seriyes, post kali ini sangat mengarut, tapi ini adalah mengikut mood penulis. Mohon maap kalau ada sedikit kekasaranbahasanya di situ. Peace. Moga Allah redha





Sunday 14 April 2013

Logam : Syed Amir



                                                                       kredit

Hati Syed bagai taman dihiasi dengan bunga-bungaan segar dan wangi. Ececee.. Tapi ini benar! Selepas dirinya disapa oleh akh yang bernama.. Khairul Bahri. Akhhh.. Aku cinta padamu, sumpah! Kerana Allah semata!

Kebetulan pada malam itu Khairul Bahri ada halaqah bersama adek-adek tersarang (baca : tercinta). Ehem. Syed diajaknya untuk menyertai halaqah tersebut

"Syed free? Nak join tak kami dalam taman surga? Hihi. " Khairul Bahri berkata sambil telunjuknya menghala ke suatu sudut di surau itu. Kelihatan beberapa orang junior, satu batch dengan Syed, membentuk bulatan. Di tangan masing-masing ada terjemahan al-Quran. 

Em. Syed melihat mereka. Syahdu. Tenang. 

'Taman surga?'

Kelihatan mereka sungguh gembira bersama. Senyuman tak lekang di bibir mereka. Ya Allah. Inikah jawapannya? Hati kecil Syed seolah tertanya-tanya. Hatinya seolah-olah tertarik untuk menerima ajakan Khairul Bahri. Kaki, badan dan anggotanya seperti memaksanya bangun dan bergerak ke suatu sudut itu. Suatu sudut yang dirasakan sangat tenang. Meraka sedang dinaungi sayap-sayap malaikat, mungkin.

Tanpa disedari, memang anggotanya menghala ke sana. Tanpa berkata apa-apa, Syed duduk di sebelah rakan sekelasnya, Syahid, untuk turut serta membentuk bulatan bersama mereka. Syahid sedikit terkejut, namun tersenyum lebar apabila terpandang Syed. Syed juga membalas senyuman itu. Ikhlas. Malam itu mereka bertaaruf dengan anggota bulatan gembira yang baru. Syed Amir. Tiada apa yang mampu diucapkan pada malam itu. Perasaannya hanya mampu digambarkan dengan butir-butir mutiara yang mengalir laju menuruni pipinya. Sumpah Syed sendiri malu untuk menitiskan air mata lelakinya. Tapi, itulah perasaannya ketika itu.

**Hari-hari Syed lebih terisi the day onward. Senyum nampak gigi. **
_____________________________________________

Beberapa bulan selepas itu, semester baru..

"Syahid, macam mana next daurah? Sape mas'ul?" tanya Syed lalu duduk di sebelah Syahid.

"Entah la, dengar kata malam ni post mortem last daurah, on Gawzul Fikr. Malam nanti laa kot tahu." Balas Syahid.
____________________________________________________

"Aku jadi mas'ul Shahadatul Haq? " Syed terkejut dengan keputusan abang naqib barunya, Adam. Uihh, dipilihnya aku yang baru belajar merangkak ni nak handle benda-benda besar cam gini? Oooh tidakk.. Gabungan dengan kolej lain pulak tu??

"Yela. Abang Adam percaya kat kau laa wey. Sebab tu dia bagi." Syahid tersenyum. Syed makin berkerut dahinya. Kembang kempis hidungnya. Uiii, control, abeh ilang macho. Berdebor sebenarnya.

"Aku basic gila doe, dalam bab-bab ni. Isk isk isk. Macam takde orang lain dah Abang Adam pun."

"Em, basic tak basic. Kau tau tak? Eventhough aku join dulu tarbiyah ni dari kau, tapi semua orang nampak, kau..." Syahid saja tak menyambung ayatnya, tergelak tengok Syed terpinga-pinga.

"Nampak aku apa??"

"Nampak kau qawiy gilaaaa! Seryes!"

Syed ternganga. Aku qawiy?
_______________________________________________________

Ya. Mana tak qawinya. Selepas mendapat daurah Shahadatul Haq, dengan penuh gigih dan bersemangat Syed membawa bulatan gembiranya sendiri. Ibarat Panglima Khalid al-Walid di medan perang. Tidak pernah berniat untuk berhenti, apatah lagi berpaling dari jalannya itu. Kebanyakan ikhwah tersangatlah kagum dengannya. Malah tak kurang jua ada yang menjelesi dirinya, kerna diri Syed sangat menonjol di kalangan ikhwah seumur dengannya.

"Syed ingat tak hadis yang mula-mula Syed dapat masa pergi daurah Ini Sejarah Kita(ISK) ?" tanya Adam Amzar, selepas dipersolkan Syed tentang dirinya yang perlu menghandle daurah yang boleh dikatakan agak lejen untuk sem itu. 

"Em. ingat. Hadis Logam?" Syed melihat ke dalam mata naqibnya. 

Adam mengangguk. Diletakkan tangannya di bahu Syed. Mahu mengalirkan kasih sayangnya kepada adek usrahnya itu.

"Abang bagi tanggungjawab tu kat Syed, sebab hadis tu laa. " Senyum. Ringkas jawapannya.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (Sahih Bukhari)


Syed juga tersenyum pada Adam. Sampai apa yang mahu diperkatakan oleh Adam.

'Kerna kini aku mengerti. Ini kelebihanku yang Allah kurniakan padaku. Orang sekelilingku nampak, untuk menyedarkan diriku. Takkanku sia-siakan peluang hidayah yang Allah berikan padaku. Ini jalanku, akan ku berjuang untuknya!'


Kisah sebelumnya, :)
KOSONG


Srikandi Umar
Moga Allah redha






Thursday 28 March 2013

KOSONG


Ohoi. Ini kisah sorang budak hingusan yang bernama Syed Amir. Sempoi aje orangnya. Kegilaan ramai. Makcik-makcik yang bertenggek bersohseh-sohseh depan rumah pun kempunan nak buat menantu, si Syed ni. Budak baik katanya. Sejuk mata memandang. Yerkk! Yeke? Entahlah. Rupa tak yah citer, nanti terpesong pulak jalan citer ni dek korang terbayang muka Lee Dong Wook dan artis-artis kegilaan ramai. Perh, mintak jauh. (Pengenalan ni tak penting pon, :P)

Kisahnya bermulaaa.. Uhuk uhuk (Tersedak, sori tengah makan pisang goreng, nak bercerita pulak)

Syed Amir mula menghidupkan enjin motosikalnya yang diletak di halaman rumah. Mahu mulakan aktiviti petangnya. Mahu menghirup udara petang sekeliling kampung, katanya. Tiap-tiap petang kalau tak ke padang, bermain bola bersama teman sekampung atau rakan sekelasnya, itulah rutin hariannya. Menghabiskan minyak motor. Ek?

Setahun kemudian, Syed meneruskan pelajarannya di salah sebuah kolej persediaan di Selangor untuk ke Perancis, setelah mendapat keputusan yang daebak(hebat) dalam SPMnya.

Em, setelah memasuki kolej tersebut, rutin Syed sedikit berubah, namun tidak jauh dari rutin sebelum ini. Pagi bangun tidur, pergi kelas. Penat belajar, Syed akan tidur sekejap sebelum Asar. Selepas Asar, diteruskan dengan bermain futsal bersama rakan-rakannya di gelanggang kolej kediamannya. Syed sangat menjaga kesihatannya dengan bersenam. Malamnya pula, dia ke surau kolej, mencari peluang untuk berjemaah waktu Maghrib dan Isyak. Diambilnya al-Quran lalu dialunkan qalam Allah dengan tenang. Bacaannya biasa, namun akan menarik perhatian orang ramai kalau mendengarnya, kerana ada terselit tarannum yang dipelajarinya ketika sekolah menengah. Kes kena paksa masuk KKQ(Kelas Kemahiran Quran) dengan Ustazah. Ada laa sikit aset budak ni. Huhu.

Malamnya, selepas menyiapkan tugasan dan bagai kerja yang pensyarah bagi, Syed akan melabuhkan tirai. Baca doa tidur, tiga Qul, ayat kursi dan mengucap, Syed akan terlelap dengan sendirinya.

Esoknya, perkara yang sama berulang lagi. Bangun tidur, pergi kelas, main futsal, pergi surau, siapkan tugasan, tidur. Setelah beberapa lama Syed berada di kolej itu, Syed mula merasakan hari-harinya hanya ibarat dia memainkan recording yang sama. Sama dan sama. Setiap hari, hanya itu yang dilakukan. Hanya sekali sekala aktivitinya berlainan namun kebanyakannya masih SAMA.

"Kenapa jadi begini?" Hati Syed mula berkata-kata.

"Eh, takde papelah, perasaan kau je kot." Syaitan mula menyuntik jarum.

"Tak, tak. Ada yang tak ok. Hati aku.. Hati aku ada rasa lain. " kata Syed sambil memegang dadanya.

"Apa lagi yang tak ok? Kau dah solat, kau dah baca Quran, kau jaga hati mak ayah kau, orang ramai pun suka dan sayang kat kau, ok laa tu." Apa saja yang dapat meyakinkan manusia, syaitan akan katakan dan meracuni hati dan fikiran kita.

"Hati aku.. Aku rasa.. Aku rasa hati aku kosong." Syed meluahkan kata-kata itu pada diri sendiri, tanpa menghiraukan hasutan yang datang. "

"Oohh tidak! Manusia ni dah sedar!" Syaitan berkata lalu bertempiaran lari. Namun dia berjanji akan datang lagi untuk terus menyesat dan melontarkan rasa was-was dalam hati manusia. Itu janji syaitan dan iblis!

__________________________________________




Walaupun Syed yakin dengan rasa hatinya, namun dia tidak cuba mencari jalan keluar. Tidak tahu apakah jalan keluarnya. Hatinya buntu. Apa yang tak cukup sebenarnya? Sebelum ni masa duk kat rumah, tak pernah pun rasa macam ni. Em, runsing, namun cuba menjalani kehidupannya seperti biasa, seperti hari-hari sebelumnya. Cuba menghilangkan perasaan itu dengan berkumpul dengan kawan-kawannya dan mencari topik hangat untuk dikongsikan.

Namun, itu hanya perancangan Syed. Allah yang menentukan. Saban hari, hatinya makin parah. Tidak ketemu dengan ketenangan. Arghhh tidakkk!

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku jalan. Aku bingung. Aku dambakan pertolonganMu." Syed mula menagih jawapan daripada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Memberi Pertolongan.

__________________________________________

Pada suatu maghrib, ketika Syed sedang asyik mengalunkan bacaan al-Quran, dirinya disapa seorang senior. Manis mukanya tersenyum pada Syed. Menghulurkan tangan untuk berjabat. Baru sahaja tangan Syed disambut oleh senior itu, Syed merasakan dirinya ditarik ke dalam dakapan orang itu.

Eh? Kena peluk? Dengan orang yang tak kenal?

Perlahan-lahan Syed menarik dirinya dari terus dipeluk kemas oleh senior itu. Muka sedikit kemerahan. Malu! Aha.

"Kamu junior kan?" Senior tadi memulakan bicara setelah dilihat Syed bingung diperlakukan sebegitu. Tak biasa mungkin.

Syed mengangguk.

" Saya Syed Amir. Boleh panggil Syed." Syed memperkenalkan diri.

"Ooh, abang Khairul Bahri. Boleh panggil  bang Kero. " setelah mendengar nama panggilan senior tersebut, Syed tergelak. Namun apabila melihat senior tersebut mempamerkan muka pelik, Syed mengawal gelaknya. Bukan apa, teringat dulu watak kartun, Kero Bero dalam cerita Card Captor Sakura, cerita kegemaran Syed masa zaman muda-muda dulu. Hiks. Aishh, sekarang bukan masa nak terfikir pasal tu laa.

"Abang tengok Syed ni rajin turun surau. Selalu baca al-Quran kat sini kan? Lepas maghrib dan Isyak. "

Syed mengangguk mengiakan. Amboi, stalker ke apa abang ni?

"Abang bukan stalk Syed, tapi Syed selalu duduk sebelah abang. Abang pun dah cam muka Syed. Syed je yang tak tengok kiri kanan dah."

Syed terbatuk. Aii, macam dapat baca fikiran orang je abang ni.

"Sedap Syed baca." Khairul Bahri melihat jauh ke dalam mata Syed, dengan tenang.

Syed mula merasakan hatinya terisi sesuatu. Tidak tahu apa, tapi dia tahu, memang ada. Ada sesuatu. Allah hantarkan pertolongan ke? Hatinya berdetik.


*bersambung

Video berkaitan :)

Srikandi Umar
Moga Allah Redha





Thursday 21 February 2013

Teramat, Aku Ingin MencintaiMu







                                                                   kredit


Dalam rancangan, malam ini mahu stay up untuk study. Secawan kopi sudah hampir habis dihirup. Lalu diletakkan di atas meja study. Eh, dah pukul satu pagi. Dengar nasyid best jugak pagi-pagi ni, sebelum sambung study semula. Teringat lagu nasyid yang baru sahaja kawanku perkenalkan. Laju jemari ini mencari nasyid bertajuk "Aku Ingin MencintaiMu" oleh EdCoustic. Em, apa yang best sangat sal lagu ni, agaknya sampai kawanku kamaen lagi promote. Layan je la. Lagu dimulakan petikan piano dan aku khusyuk cuba menangkap liriknya...

Ya Allah, ayat pertama sudah membuat aku mengalirkan mutiara air mata di pagi yang hening ini. 

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa..

Ya Allah, Ya Allah.. Aku malu! Diriku terlalu melakukan banyak dosa dan terlalu sering lalai dalam mengingatiMu.. Tapi, Engkau tak pernah berhenti memberi segala nikmat pada diriku, hambaMu yang sangat hina ni, ya Allah. Diriku terasa sangat malu padaMu.. Kau memberi dan terus memberi. Namun aku, adakah aku terus bersyukur dan bersyukur? Air mata terus mengalir menuruni pipi.

Entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apa aku dihadapanMu

Dan lagi.. air mata ini bukan sahaja tidak mahu berhenti, bahkan makin laju bagaikan berlumba-lumba untuk membasahkan pipiku. Aku mungkin terlena seketika. Terlena. Bagaikan mengerti perasaan aku, yang sangat bersyukur kerna Allah masih mahu memberi peluang pada diriku untuk masih merasakan nikmat nyawa dan peluang untuk kembali padaNya. Alhamdulillah, masih boleh terjaga daripada lena yang dihiasi mimpi palsu. Allah masih menunggu hambaNya yang ini untuk terus mendambakan keredhaanNya semata. Dan juga air mataku mengerti yang dosa-dosa yang lalu perlu dibersihkan kerana menyedari betapa hinanya diri ini di hadapan Allah. Kita merasakan diri sudah bagus dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Tetapi, adakah pernah terlintas di fikiran kita, bagaimana kedudukan kita pada pandangan Allah? Sedangkan itulah yang paling utama kerana keredhaan Allah lah yang menentukan kebahagian kita di dunia dan akhirat terutamanya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan seluruh hambaMu.

Aku ingin mencintaiMu
setulusnya, sebenar-benarnya aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Laju dan laju bahkan makin laju. Banjir dan banjir. 
Betapa aku ingin mencintaiMu ya Allah. Betapa. Terketar tangan dan badanku betapa ingin merasakan cinta Allah yang sebenarnya-benarnya. Betapa aku dambakan itu. Kau buanglah dunia ini dari hatiku ya Allah. Letakkanlah dunia ini hanya di tanganku, bukan di hatiku. Biarkanlah hanya diriMu yang bertakhta dalam setiap hela nafas, setiap degupan jantung, setiap deruan laju darahku mengalir ya Allah. Dalam setiap langkahku, biarlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu. Aku malu dengan pokok, malu dengan burung, kerana sebenarnya mereka sentiasa berzikir kepadaMu. Mereka dijanjikan syurga olehMu. Namun, aku? Di manakah tempatku, ya Allah? Di manakah penghabisan aku, ya Rahman?

Aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi

Walaupun sehina mana diriku ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang mendambakan keredhaanMu, ingin sentiasa berada dalam keadaan yang aku tahu Engkau meredhaiku. Makin terketar badanku apabila mendengar mendengar verse terakhir nasyid ini. Itu adalah nikmat paling besar, iaitu bertemu dengan Pencipta kita dan seluruh alam ini. Namun, layakkah aku? Duhai air mataku, aku mengharapkan kau dapat menjadi penghapus api neraka untukku di akhirat kelak. Kerna aku tahu, aku hanyalah insan biasa yang sering dan terlalu sering melakukan kesilapan yang sama, berulang kali. 

Allah masih mengurniakan kita nyawa sehingga hari ini. Allah nak mendengar hambaNya merintih padaNya, memohon keampunan daripadaNya. Bukanlah untuk kita gunakan untuk mencuba setiap nikmat dunia ini, sehingga lupa siapa yang memberikan kesemua nikmat tersebut. Wahai manusia! Sedarlah. Sedarlah! Ayuh, Syurga menunggu kita. Eh, neraka pun menunggu jugak, apa! 

Gulppp!

Nah, ayat daripada Allah, al-Hadid ayat 20.

"Know that the life of this world is but amusement and diversion and adornment and boasting to one another and competition in increase of wealth and children - like the example of a rain whose [resulting] plant growth pleases the tillers; then it dries and you see it turned yellow; then it becomes [scattered] debris. And in the Hereafter is severe punishment and forgiveness from Allah and approval. And what is the worldly life except the enjoyment of delusion."

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikanperhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

-Srikandi Umar
2.13 a.m
#Mendambakan CintaNya
Moga Allah Redha






Tuesday 12 February 2013

KOPI+GULA = NIKMAT

Celaru. Keliru. Susah rupanya nak menjalankan kerja dakwah ni. Bila sudah tercampak di jalan ini baru aku faham onak duri dan masam manisnya. Part manis tu sangatlah best, wahai teman-teman!



___________________________________________________

Mana taknya. Nak bawak usrah, bukan senang-senang pergi dekat budak-budak hingusan tu, cakap,

"Dik nak join usrah? Jom laa. Banyak pekdahnya."

Mahunya tak lari budak-budak tu. Tengok-tengok lari carik mak sebab ingat kumpulan tabligh mana laa yang datang tarik diorang. Haha.

Mula-mula dulu pusing banget(tetiba indon an) mahu carik mangsa(ganas bunyinya), nak DF(Dakwah Fardhiyah). Adik yang rapat dengan aku, dah ditarik oleh akhawat lain. Masa tu almost nak give up. Pikiran macam dah sempit sangat masa tu. Ingat budak tu sorang je yang kita boleh DF, yang kita boleh tarik masuk bulatan gumbira.

Nak kata Allah sayang, Allah anta laa kawan-kawan setia yang memberi nasihat dekat aku yang macam dah senteng masa tu.

"Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan kedudukanmu." Muhammad :7

"Kau ingat bila budak tu dah ikut akak lain, takde orang lain yang kau perlu DF? Yang perlu tarbiyah? Okay laa, dia dah ada orang nak jaga dia. Kau, kena laa carik saudara-saudara kita kat luar sana yang masih terhuyung hayang dengan dunia lagha diorang tu."

"Nak DF orang, nak ajak ke jalan ni, bukan orang yang kita kenal je. Nanti tak dapat laa kemanisan bersaudara tu."

Nanges. Sobs.

Allah sayang aku. Allah masih sayang aku. Kalau lah aku give up at the first place, akulah hamba Allah yang paling rugi.

Lepas tu, aktiviti lasso melasso(tali koboi) junior-junior dekat kolej aku tu bermula! Heheh. Mata, telinga dan hidung makin peka. Menghidu saudara-saudara kita yang perlukan pengisian rohani. Ceewaah.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh tersenyum bila teringat pahit jerih yang aku dan akhawat-akhawat yang lain perlu lalui masa jadi beginner daie. ^^
______________________________________________________

Nak dakwah ngan family? Sama susah jugak. Tapi, kau lupa ke ayat Muhammad kat atas  tu?

Satu hari kuar ngan kakak, abang ipar dan anak sedara. Kononnya budak kecik tu mengidam makan bubur McD. Dalam hati aku, macam mana nak bagitau diorang, McD kena boikot? Nanti dia cakap aku poyo ke apa ke. Masa tu berdoa ke kat Allah, biar Allah permudahkan aku.

Masuk je McD, penuuuhhh kot. Ish, ish tak patut. Tapi, masa yang sama, rasa sikit laa bersyukur.

"Penuh laa, jom pi KFC laa. " kata kakakku.

Fuuhh, lega. Nampak Allah nak tolong di situ. Dengan muka hepi, jomm! Nanti aku tazkirah kat diorang kenapa kena boikot McD. Haha.

____________________________________________________

Dengan kawan lama lak?

Emm, senang je kot. Bagi ayat macam ni.

"Kita kawan dah lama, dari darjah satu. Dah nak masuk 13 tahun usia persahabatan kita kan."

"A'ah laa. Aku sayang sangat ngan frenship kita ni."

"Kalau kau sayang, dan nak sweet lagi, jom laa kita bersahabat sampai ke syurga. Masa tu, selama-lamanya kita bersahabat. Tak terlawan pun dengan 13 tahun tu."

Slurrrpp!

___________________________________________________

Memang banyak dugaan dan pancaroba yang kita kena lalui bila berada di jalan tarbiyah. Yelaa, kata nak masuk syurga. Nak masuk syurga kena laa letih sikit, kan syurga tu tempat kita berehat? Bangunlah, sedarlah wahai hati! Moga kita sama-sama tsabat di jalan ini.

SRIKANDI UMAR

Moga Allah Redha


Sunday 20 January 2013

JADI SIPUT BABI, A KE B?



Hari ni nak cerita sal siput babi.

Eh, siput babi? 


Hai, jangan pandang rendah ye kat binatang tu. Aha. Nama saintifik dia Achatina Fulica. Amboih! Ayu beno nama sebenarnya. Ahak. 


Ek, kenapa dengan Cik Fulica ni, Srikandi Umar? 



Actually, baru-baru ni ada sahabat buat eksperimen Biologi sal Habituation. Apebendanya pulak kan Habituation tu? Em, ringkasannya, siput ni bila kita poke dia, dia akan masuk dalam cangkerangnya. Lama-lama bila dah banyak kali sangat kita poke dia, si siput tu dah malas dah nak layan korang, dan sampai satu tahap dia takkan masuk dalam cangkerang dia. Tu laa maksud Habituation, dalam ayat kampung sekampung-kampungnya. (Haha, sori tu all Biology students)

_______________________________________________________

Maka, terserlahlah keayuan Sufi bila main poke-poke dengan Cik Fullica ni. Menjerit boleh kalah pontianak belakang bangunan tinggal(perlu ke? ). Tapi tu mula-mula. Lepas tu, bukan main lagi bercanda ria dengan baby Fullica tu. Hek. 

Tengah-tengah bergurau senda dengan Cik Fullica, seorang sahabat bertanya. 

"Agak-agak Si siput ni boleh ditadabbur tak?"

"Eh? Siput pon boleh ditadabbur ke?" Sufi buat muka blur sambil angkat sebelah kening, gaya macam Ziana Zain.


"Apa cekadaknya kau ni? Semua ciptaan Allah boleh ditadabbur laa. Nama lagi tadabbur alam." Riena membalas.


"Ooo.. " Sufi dengan muka excitednya  nak mendengar selanjutnya dari Riena.


________________________________________________________

"First analogi, bad side. Kita tengok orang yang sering melakukan maksiat dan dosa. Kenapa mereka tak rasa apa-apa bila buat perkara yang dilarang Allah? "


"Em em. Diorang dah habituated dengan maksiat tu laa kot. " Sufi pantas memberi jawapan.


"Haa, tepat sekali! Bila fikir balik, sama laa kan dengan siput babi tu. Mereka dah terbiasa sangat dengan cuitan jahiliyyah dari masyarakat dan orang-orang di sekeliling mereka. Mula-mula tu mungkin mereka still ada rasa takut dengan Allah dan azabNya. Mereka cuba elak benda tu. Namun, kalau dah jadi kebiasaan, gentar dan takut tu hilang macam tu je. Habituated dengan dosa."


“Bukankah mereka berjalan di atas muka bumi, lalu (bukankah) mereka pun memiliki hati yang mereka bisa berpikir dengannya, atau memiliki telinga yang mereka bisa mendengar dengannya. Maka sesungguhnya bukanlah mata mereka yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada” (Al-Hajj : 46)

"Ya Allah, takutnya kalau jadi sampai tahap macam tu kan? Dah terbiasa dengan dosa sampai tak boleh bezakan baik buruk, dosa dan pahala. Bak hati dah keras. Naudzubillah."


"Ye, naudzubillahi minzalik. Mintak dijauhkan dari kita, kan Sufi?" Senyum.

________________________________________________________


"Good side pulak apa yang kau boleh kaitkan dengan Cik Fullica ni?"


"Good side pulak, siput babi ni boleh jadi idola kita jugak. Haha. "

"Haaa? Kau biar betik?" Sufi ternganga. 

"Yelaa. Tengok eh. Ia ibarat saudara kita yang baru ditarbiyah. Dan still hidup dalam kalangan yang masih belum dibuka hatinya untuk hidayah Allah. Asyik terkena cuitan jahiliyyah aje. Kita mungkin malu pada mulanya kerana orang terperasan dengan hijrah kita. Dan kita mungkin tak kuat dengan jelingan-jelingan negatif yang mungkin juga datang dari keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat rapat kita. Lalu, kita cuba bersembunyi di dalam cangkerang kita. But then, as time passes by, as long as kita berdoa pada Allah, kita mungkin akan diberi kekuatan tersebut untuk habituated dengan pandangan-pandangan serong orang lain pada kita. Dan, tidak mungkin kita mahu terus bersembunyi dalam cangkerang kita je kan. Malah, kekuatan dan kemantapan diri grows with time dan tak mustahil kita akan mengajak diorang ikut sama dengan kita di jalan penuh redha Allah ini. " 

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad : 7 )

Sufi kagum.

"Macam mana laa kau boleh terfikir benda ni, sedangkan aku hanya nampak ia, as siput babi. Tu je. "


"Bagi hati mereka yang dalamnya ada Maha Pencipta, dia akan nampak semua benda, datangnya dari Allah, sebab itu, semuanya dapat dikaitkan dengan Allah. " Senyum lagi. 

Soo, jom pilih, nak ambil pilihan pertama ke, pilihan kedua untuk dijadikan contoh? Dua-dua datangnya dari siput, namun cara penghayatannya, lain. 

-Srikandi Umar-

[Moga Allah Redha]





Sunday 13 January 2013

SENTAL, YUUKK!


Ibu tengah basuh pinggan. Perlahan-lahan Arif menuju ke sinki dan meletakkan pinggan kotornya. Ibu menjeling. Arif tersengih kambing.

"Dah besa panjang pun tak reti nak basuh pinggan sendiri?"

"Alaa, sekali-sekala Arif balik, time ni la nak bermanja dengan Ibu, hehe."

"Yeke? Selama ni pun tak pernah ibu tengok tangan Arif pegang berus pencuci pinggan ni hah." 

"Eh, yeke? Hoho." Kantoi.

"Risau Ibu macam ni Arif. Macam mana laa kamu hidup dengan budak bujang kat KL tu. Alamaknya bertimbun laa ye pinggan kotornya."

"Eh, yang tu Ibu jangan risau. Kat rumah tu ada sorang budak nama Syafiq. Dia rajin, bu. Kalau dia nampak je pinggan berlambak dalam sinki tu, laju je dia tolong bersihkan. Huhu."

"Ooh iye? Baguih sangat si Syafiq tu ye. Em, tu pinggan, takpe la orang lain boleh basuhkan, boleh kilatkan. Kalau hati sendiri, boleh orang lain tolong?" 

"Eh, apa kaitan basuh pinggan ngan hati, bu?" Oi, Ibu aku sejak pencen ni, dah jadi macam ustazah pilihan lak ye. Dulu tu ada la sal solat je dia tegur. Skang ni, fuuh, sal hati? Makan dalam.

__________________________________________________

Apa kena mengena basuh pinggan dengan hati? Aha. Kalau tak basuh pinggan berbulan-bulan, bertambun pulak tu. Lepas makan, timbun lagi pinggan kotor. Bukan nak dicuci, dibasuhnya, Em, macam mana la agak-agak keadaannya sinki, dapur, malah rumah kita kan? Busuk, entah berulat, penuh karat dan kotoran. Dapat tak kaitannya di situ? Tak dapat? Cepat pergi basuh pinggan. :)

Ish, confem geli an ngan sinki uh. Entah ada ke tidak yang nak dekat. Ada ke tidak yang nak tolong basuh. Tapi, sape yang berani pergi cuci sinki tu, dia lah the best. Dia lah manusia superb. Sebab, dia tak sanggup lagi hidup dengan bau busuk, dengan ulat-ulat dan sampah sarap tu. Ish, pengotor! End with pinggan tak berbasuh.

__________________________________________________



Rasulullah S.A.W bersabda :

“…Dalam hati kamu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu, maka baiklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Apabila buruk segumpal darah itu, maka buruklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati.” [HR Bukhari Muslim]

Hati ni macam control centre kita laa. Sangatlah wajib dijaga. Tatanglah ia macam kita jaga I-phone kita. (?) Sayang sangat phone an. Tak lah. Kita kena sayang sangat dengan sekeping hati kita ni. Sekeping je tau! Tak dapat nak beli kat mana-mana dah. Bila rosak ia, rosaklah kita. Rosaklah ukhwah kita. Rosak lah ibadah kita. Rosaklah jalan kita menuju syurga. Nak ke? Say "TAK NAAAKK" dengan penuh semangat. Hehe. 

Dah tuu, kenapa tak jaga hati kita elok-elok? Kenapa biarkan penuh dengan karat jahiliyyah dan ulat-ulat pemakan hati? Kenapa biarkan titik-titik dan noda-noda hitam satu persatu bertimbun-tambun dalam hati kita? Kenapa takde usaha nak membersihkannya? 

Tak terkena tempias bau yang tak enak tu ke? Tak terasa yang diri ni dah sesak nafas sangat dengan dosa-dosa kita? Tak terasa hati kita dah keras sangat sebab bermandikan maksiat setiap masa? Tak rasa hati kita buta dan gelap sebab tak pernah nak mencari cahaya petunjuk Allah? 

Emm, itulah akibat tak basuh pinggan. Aha, lagi. Nampak dah kaitannya? Tak nampak lagi, anda sudah boleh ke kedai beli Clorox. Sedia memberus. Hehe.

Abes tu, acane nak kasi suci murni putih bersih hati kami, Wahai Srikandi Umar?

Rasul s.a.w. telah ajar kita dalam satu hadis yang mafhumnya :
“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasul s.a.w. bersabda : “Ingati mati dan membaca Al-Quran.” [HR Baihaqi]

-Ika Rahman -

Moga Allah Redha