Friday 30 November 2012

ADIK ABANG, AINA



Aku ada adik. Adik perempuan. Selama ni aku ingat lemah lembut dia, pemalu dia, takde laa cintan cintun ni sume. Aissh, harapkan pagar, pagar makan padi. Ehh, kaitan (?) Whatever laa. Yang aku nak stresskan kat sini, aku tak sangka adik aku couple? Aku yang dah layak jadi laki orang pun suci lagi, huuhuu. Adik, Abang sayang adik.



Aku dulu, best student sekolah. Ehemm ehemm, Ketua Pengawas lagi tu. Hensem, beriman (? again), hebat sukan ( sume dia nak bantai ) , apa lagi? Panjang kalau nak list, haha. Astagfirullahalazim. Aissh, melalut. Alhamdulillah ya Allah, bagi aku semua nikmat dunia ini. Haa, kan bagus kalau bersyukur sikit. Ok, back to apa yang aku nak cerita.

Ok, aku ni kira macam Mr Perfect laa kat sekolah aku tu. Al-maklumlah, sekolah harian biasa je. Lepas habis SPM, syukur, aku dapat melanjutkan pelajaran ke Jerman, amek engineering. But, A-Level 2 tahun setengah kat INTEC? (Tua kat situ laa aku)

Ehh, dari tadi cerita pasal aku, tak sampai part adik aku nih. Okay, sampai laa masa adik aku nak SPM pulak, masa tu aku dah final A-Level, so boleh tumpu kat dia. Bagi ajaran sesat sikit. Haha.

One-takberapa-fine-day, ada laa satu message masuk dalam inbox aku tanpa diundang. Berbunyi,

"Assalamualaikum bang. Abang ni bang Airy kan? Zurairy? ".

Aku pandang sepi. Memang laa, dah kau mesej no aku. Aissh, nape baran ni? Cuba kuatkan iman sikit, tenang. Kan peribadi Rasulullah macam tu? Ahhh, tetiba rasa tenang.

Aku balas, "Iya, saya Zurairy, siapakah?" Laju aku bertanya.

"Saya Fuad, kawan adik abang, Aina".

Dengar je jawapan balas dia, aku terus dapat agak. Jantung aku tiba-tiba macam meloncat ke kepala, turun ke kaki, naik balik ke dada. Adik aku? Aina adik kesayangan abang?



*kita wat cerita bersambung nak? ;p

Thursday 29 November 2012

INSAF LAA WEY

Di dalam biliknya Joyah melayan perasaan dan muhasabah diri tentang kejadian siang tadi. Cuba dikaitkan dengan ayat yang Minah bagi.

Joyah bermonolog (bukan gila ye, just nak muhasabah diri,huhu)

Aurat muslimah kan sama cam dalam solat. yang aku ni, time nak solat laah baru nak tutup
elok-elok, carik telekung. emmm.. patut laa selama ni aku tengok si Minah tu pakai stokin je
memanjang. pernah ditanya kenapa pakai handsock, kan dah pakai baju lengan panjang, dijawabnya
Minah, "sape nak jamin lengan aku ni tak terselak nanti? huhu ".. adehh, Minah, Minah.. aku pulak
sempat lagi dalam hati, tak lemas ke? dah laa baju, seluar tuh longgar and besar. skema semacam minah
ni, (amboi, siap mengata dalam hati ).



yaaa, Minah dan kawan-kawan aku yang lain memang skema.
sebab diorang ikut skema Allah yang indah tu. arghhhh, ni laa yang Minah nak test aku tu. awal-awal
lagi dah tak past! takpe, takpe. aku, Joyah akan berubah!
kan nak cukup syarat masuk syurga? :)


FIIIINN :)


*Lets berubah! Jom berhijrah ke arah yang lebih baik, fillah ^^

sabda Rasulullah saw : “Seorang Muslim adalah seseorang yang kaum Muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.”

KESENTAPAN!

suatu hari Minah dan groupnya termasuk joyah pergi ke satu perkampungan orang asli, untuk memenuhi aktiviti kemasyarakatan yang diwajibkan oleh pihak kolej. setelah masuk waktu Zohor, Minah mengajak teman-temannya solat berjemaah di situ sebelum pulang ke kolej.

Joyah : weh, nak solat kat sini?


Minah : yelaaa, kenapa?

Joyah : aku mana bawak telekung. and tak prepare pun, ko tak cakap awal-awal kita nak stay sampai Zohor. sini pun mana ada muslim wehh.

Minah : (senyum) takyah nak tunggu pakai telekung laah, pakai je yang mana ada, Islam itu mudah.

Joyah : pakai  je mana ada? maksud ko?

Minah : yela, pakai je baju ko tu. awat terkejut sangat ko nih, huhu

Joyah : eh,mana bolehh. tengok laa aku ni, dengan stokin tak pakai bagi.. ni lengan ni, canne nak cover wey? aurat tuu.. tak sah solat aku nanti, ko nak tanggung?

Minah : ooo, sedar pun aurat? ingatkan selama ni takpe pulak. lagipun kaki and tangan kau je kan kena bakar nanti, huhu.

Joyah : (tersentap!) alamak, terkena batang hidung sendiri....

Minah : (tersenyum sambil menepuk perlahan bahu Joyah) cuba ko balik and renungkan ayat yang aku bagi dengan kejadian tadi.

Joyah  : ................

*bersambung..