Monday 23 March 2015

PERUT

Lepas je satu minggu mula sem baru, terus ada daurah. Sebulan cuti lah katakan, kena refresh apa yang patut. Lagi-lagi hati dan iman ni, Fuuh, takut bila citer pasal hati. Tapi takpe, tu nanti aku cerita kat next entry lah. Sekarang nak cerita satu benda, yang aku dapat dari daurah lepas. 

Second day daurah, lepas subuh, biasalah, baca mathurat ramai-ramai. Then, lepas tu Kak Ain tanya, ada orang nak bagi tazkirah tak? Haha, maybe sebab pagi-pagi buta lagi, takdelah orang yang sukarelanya nak bagi tazkirah subuh. Pukul 5 lebih. Subuh kat Jakarta awal. Sekarang masuk waktu pukul 4.40am. 

Lepas tu, dengan suka sukinyaa Kak Ain cakap, ok, kalau macam tu kita buat tazkirah berantailah. Hang tau dak tazkirah berantai ni macam mana? Semua orang kena bercakap dan bagi tazkirah haha. Daripada takde orang nak tadi, last sekali semua orang kena perah otak pagi-pagi buta. Kekeke. 

"Jadi, semua orang kena bagi tazkirah tentang benda yang berada di sekeliling kita."

Daurah kitorang buat dekat Jakarta Islamic School. Comeyy sangat sekolah tu, Sekolah rendah. Ada akhwat tu cerita tentang white board lah, analogi hati. Pastu ada satu board tu reward board. Budak-budak pun dah ditrained dengan reward-reward yaitu pahala, kalau buat kebaikan. MasyaAllah! Malu akak, adik-adik oitt. Masa aku kecik-kecik dulu mana la terdedah dengan benda macam ni. Uhuk. Alhamdulillah Allah bagi aku merasa nikmatnya Islam dan iman ni setelah 18 tahun hidup.

Ok, lepas beberapa orang dah bagi tazkirah and aku pun dah(takyah tahu lah apa tazkirah aku haha). Sampai lah turn adik dari Surabaya. Oh lupa, daurah kali ni gabung locality. Seluruh Indonesia. Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung. And ada lah beberapa locality yang tak dapat datang. Sebab ramai dah start praktikal dekat hospital. 

Ok ok, back tu adik tadi, 

"Saya nak cerita tentang analogi perut. Bayangkan ada dua jenis orang, jadi ada dua perut lah. Satu ni, dia makan banyak-banyak and dia buat kerja, Tapi, yang satu lagi ni, dia makan sama banyak jugak dengan yang first tadi, then lepas tu dia tidooo kerohh krohhhh."

Wow, first time dengar analogi perut. Selama ni selalu dengar analogi tasik yang bertakung dan sungai yang mengalir.

Kita semua tahu kan, kalau makan berlebihan tapi tak buat kerja, tak berpeluh, takde output, makan tu akan jadi kumpulan lemak je kan, dalam badan kita, Tapi kalau kita makan, and then buat kerja, makanan tu akan jadi sumber tenaga kita. Dan dalam masa sama, ia takkan jadi lemak yang bertumpuk dalam badan kita. 

Sama lah jugak dengan kita, in term of ilmu dan tarbiyah tu. Banyak mana pun kita dapat, tapi kita simpan untuk diri sendiri, takde output pun, memang sampai bila-bila kita akan obesiti. Gemuk dengan ilmu, tapi tak bagi manfaat pun untuk orang lain. Sebenarnya nak reklek diri lah, Banyak ilmu dan input yang kita dapat dari daurah lah, usrah ke, kelas ke, Tapi kita tend to simpan sendiri. Syok sendiri, Sedangkan kalau bertumpuk lama-lama pun, ia akan jadi lebihan lemak je last sekali, Tak memberi keuntungan pun kat kita. Hmm, betul betul betul. Takutlah bila kita tergolong dalam orang yang banyak ilmu tapi tak beramal dan tak memberi pada orang lain. 

Begitulah al kisahnya. Jzkk dik, for analogi baru! Hehe

Thursday 19 March 2015

SARANGHAE

Allah turunkan ujian untuk hambanya kerna Dia rindu untuk mendengar kita merintih kepadanya. True.

Lately aku rasa ujian yang paling terasa adalah ujian ukhwah. Orang kata ukhwah tak payah diperjuangkan, Tapi tak bagi aku. Awalnya segalanya indah bagi kami. Tapi dek karena sesuatu yang berlaku, semua jadi serba tak kena. Dulunya senyum yang terpamer di bibir ikhlas karena rindukannya fillah. Tapi kenapa sekarang semua itu dirasakan dusta? Dirasakan hanya syarat bertemu semata. Kini, amat susah mahu melihat dan merenung jauh ke anak matamu ukhti. Kenapa aku merasakan kejanggalan di setiap tutur kata dan tingkah lakumu ya ukhti fillah. Demi Allah aku cintakan antunna semua. Di setiap waktu kami, kami mencuba untuk menyantuni kalian. Tak pernah lelah mencuba untuk mempertahankan ukhwah kita yang terjalin sekian lama. Ku harapkan kalian juga begitu, Sedih bila merasakan cinta ini hanya bertepuk sebelah tangan.

Ukhti, ana uhibbuki fillah. Indahkan kembali ukhwah kita. Ikhlaskan kembali senyummu. Hiaskan kembali tingkah lakumu. Tetapi aku mengerti, andai tidak bisa di dunia, moga kita ketemu di syurga.

Nukilan hati yang sedang lara. Arghh, Allah redailah jalan kami. Tsabatkan kami. Yakinkanlah kami dengan langkah-langkah kami.

Sunday 15 March 2015

COMEBACK STAGE

Bismillah..

Setelah banyakkkk bulan tinggal blog ni berhabuk berhapak, akhirnya aku decide nak sambung menulis. Before ni serius kata menulis sebab nak sampaikan dakwah je in a simple way. Through cerpen and bagai. Tapi setelah tinggal blog ni setahun lebih, rasa nak buat pendekatan baru. Cara baru. Tapi post-post lama tak kan di delete pun. Ada je kat situ. Ni sebab sayang post-post lama and sebab malas nak buat blog baru. Hehe. 

So basically sebagai permulaan baru, aku rasa  nak introduce diri dulu lah. Nama, Nur Afiqah binti Abdul Rahman. Umur 22 tahun October 2015 ni. Second year medic dekat Jakarta under JPA. Before ni belajaq dekat INTEC Shah Alam. Tempat budak-budak pandai yang gila nak fly. Hahaha. Lepas dapat tawaran terbang ke Jakarta lah aku terlupa dekat blog ni, Kekeke. Busy la kononnya bila masuk degree. Propa semua tu! 

Sekarang, 15 Mac 2015 insyaAllah aku nak kembali menulis. Esok aku akan masuk 4th sem, second year. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun aku belayar dengan title medic student. Alhamdulillah setakat ni hidup lagi hehe. Tarbiyah masih jalan insyaAllah. Cumanya adalah liku-likunya. Hehe. Kata akhwat! Kenalah ada drama sikit hidup ni! Peacee yoo. InsyaAllah hari-hari ke depan moga Allah memberikan kekuatan dan ilham untuk terus menulis dengan title medic student tapi dalam masa yang sama dakwah dan tarbiyah kita tak tinggal. Ramai orang buat kenapa kita takleh? Hidup je lagi HO-HO dekat hospital tu sekarang and mampu je nak join program tarbiyah bagai. Hehe. Tu jelah dulu intro kali ni, Nanti kita sambung lagi eh. Diari elektronikku, Monologku, untuk tatapan saudara-saudaraku di luar sana. Moga bermanfaat untuk semua, Tu je harapan aku untuk blog ni, Sekian, wassalam. :)