Thursday 21 February 2013

Teramat, Aku Ingin MencintaiMu







                                                                   kredit


Dalam rancangan, malam ini mahu stay up untuk study. Secawan kopi sudah hampir habis dihirup. Lalu diletakkan di atas meja study. Eh, dah pukul satu pagi. Dengar nasyid best jugak pagi-pagi ni, sebelum sambung study semula. Teringat lagu nasyid yang baru sahaja kawanku perkenalkan. Laju jemari ini mencari nasyid bertajuk "Aku Ingin MencintaiMu" oleh EdCoustic. Em, apa yang best sangat sal lagu ni, agaknya sampai kawanku kamaen lagi promote. Layan je la. Lagu dimulakan petikan piano dan aku khusyuk cuba menangkap liriknya...

Ya Allah, ayat pertama sudah membuat aku mengalirkan mutiara air mata di pagi yang hening ini. 

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa..

Ya Allah, Ya Allah.. Aku malu! Diriku terlalu melakukan banyak dosa dan terlalu sering lalai dalam mengingatiMu.. Tapi, Engkau tak pernah berhenti memberi segala nikmat pada diriku, hambaMu yang sangat hina ni, ya Allah. Diriku terasa sangat malu padaMu.. Kau memberi dan terus memberi. Namun aku, adakah aku terus bersyukur dan bersyukur? Air mata terus mengalir menuruni pipi.

Entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apa aku dihadapanMu

Dan lagi.. air mata ini bukan sahaja tidak mahu berhenti, bahkan makin laju bagaikan berlumba-lumba untuk membasahkan pipiku. Aku mungkin terlena seketika. Terlena. Bagaikan mengerti perasaan aku, yang sangat bersyukur kerna Allah masih mahu memberi peluang pada diriku untuk masih merasakan nikmat nyawa dan peluang untuk kembali padaNya. Alhamdulillah, masih boleh terjaga daripada lena yang dihiasi mimpi palsu. Allah masih menunggu hambaNya yang ini untuk terus mendambakan keredhaanNya semata. Dan juga air mataku mengerti yang dosa-dosa yang lalu perlu dibersihkan kerana menyedari betapa hinanya diri ini di hadapan Allah. Kita merasakan diri sudah bagus dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Tetapi, adakah pernah terlintas di fikiran kita, bagaimana kedudukan kita pada pandangan Allah? Sedangkan itulah yang paling utama kerana keredhaan Allah lah yang menentukan kebahagian kita di dunia dan akhirat terutamanya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan seluruh hambaMu.

Aku ingin mencintaiMu
setulusnya, sebenar-benarnya aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Laju dan laju bahkan makin laju. Banjir dan banjir. 
Betapa aku ingin mencintaiMu ya Allah. Betapa. Terketar tangan dan badanku betapa ingin merasakan cinta Allah yang sebenarnya-benarnya. Betapa aku dambakan itu. Kau buanglah dunia ini dari hatiku ya Allah. Letakkanlah dunia ini hanya di tanganku, bukan di hatiku. Biarkanlah hanya diriMu yang bertakhta dalam setiap hela nafas, setiap degupan jantung, setiap deruan laju darahku mengalir ya Allah. Dalam setiap langkahku, biarlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu. Aku malu dengan pokok, malu dengan burung, kerana sebenarnya mereka sentiasa berzikir kepadaMu. Mereka dijanjikan syurga olehMu. Namun, aku? Di manakah tempatku, ya Allah? Di manakah penghabisan aku, ya Rahman?

Aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi

Walaupun sehina mana diriku ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang mendambakan keredhaanMu, ingin sentiasa berada dalam keadaan yang aku tahu Engkau meredhaiku. Makin terketar badanku apabila mendengar mendengar verse terakhir nasyid ini. Itu adalah nikmat paling besar, iaitu bertemu dengan Pencipta kita dan seluruh alam ini. Namun, layakkah aku? Duhai air mataku, aku mengharapkan kau dapat menjadi penghapus api neraka untukku di akhirat kelak. Kerna aku tahu, aku hanyalah insan biasa yang sering dan terlalu sering melakukan kesilapan yang sama, berulang kali. 

Allah masih mengurniakan kita nyawa sehingga hari ini. Allah nak mendengar hambaNya merintih padaNya, memohon keampunan daripadaNya. Bukanlah untuk kita gunakan untuk mencuba setiap nikmat dunia ini, sehingga lupa siapa yang memberikan kesemua nikmat tersebut. Wahai manusia! Sedarlah. Sedarlah! Ayuh, Syurga menunggu kita. Eh, neraka pun menunggu jugak, apa! 

Gulppp!

Nah, ayat daripada Allah, al-Hadid ayat 20.

"Know that the life of this world is but amusement and diversion and adornment and boasting to one another and competition in increase of wealth and children - like the example of a rain whose [resulting] plant growth pleases the tillers; then it dries and you see it turned yellow; then it becomes [scattered] debris. And in the Hereafter is severe punishment and forgiveness from Allah and approval. And what is the worldly life except the enjoyment of delusion."

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikanperhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

-Srikandi Umar
2.13 a.m
#Mendambakan CintaNya
Moga Allah Redha






Tuesday 12 February 2013

KOPI+GULA = NIKMAT

Celaru. Keliru. Susah rupanya nak menjalankan kerja dakwah ni. Bila sudah tercampak di jalan ini baru aku faham onak duri dan masam manisnya. Part manis tu sangatlah best, wahai teman-teman!



___________________________________________________

Mana taknya. Nak bawak usrah, bukan senang-senang pergi dekat budak-budak hingusan tu, cakap,

"Dik nak join usrah? Jom laa. Banyak pekdahnya."

Mahunya tak lari budak-budak tu. Tengok-tengok lari carik mak sebab ingat kumpulan tabligh mana laa yang datang tarik diorang. Haha.

Mula-mula dulu pusing banget(tetiba indon an) mahu carik mangsa(ganas bunyinya), nak DF(Dakwah Fardhiyah). Adik yang rapat dengan aku, dah ditarik oleh akhawat lain. Masa tu almost nak give up. Pikiran macam dah sempit sangat masa tu. Ingat budak tu sorang je yang kita boleh DF, yang kita boleh tarik masuk bulatan gumbira.

Nak kata Allah sayang, Allah anta laa kawan-kawan setia yang memberi nasihat dekat aku yang macam dah senteng masa tu.

"Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan kedudukanmu." Muhammad :7

"Kau ingat bila budak tu dah ikut akak lain, takde orang lain yang kau perlu DF? Yang perlu tarbiyah? Okay laa, dia dah ada orang nak jaga dia. Kau, kena laa carik saudara-saudara kita kat luar sana yang masih terhuyung hayang dengan dunia lagha diorang tu."

"Nak DF orang, nak ajak ke jalan ni, bukan orang yang kita kenal je. Nanti tak dapat laa kemanisan bersaudara tu."

Nanges. Sobs.

Allah sayang aku. Allah masih sayang aku. Kalau lah aku give up at the first place, akulah hamba Allah yang paling rugi.

Lepas tu, aktiviti lasso melasso(tali koboi) junior-junior dekat kolej aku tu bermula! Heheh. Mata, telinga dan hidung makin peka. Menghidu saudara-saudara kita yang perlukan pengisian rohani. Ceewaah.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh tersenyum bila teringat pahit jerih yang aku dan akhawat-akhawat yang lain perlu lalui masa jadi beginner daie. ^^
______________________________________________________

Nak dakwah ngan family? Sama susah jugak. Tapi, kau lupa ke ayat Muhammad kat atas  tu?

Satu hari kuar ngan kakak, abang ipar dan anak sedara. Kononnya budak kecik tu mengidam makan bubur McD. Dalam hati aku, macam mana nak bagitau diorang, McD kena boikot? Nanti dia cakap aku poyo ke apa ke. Masa tu berdoa ke kat Allah, biar Allah permudahkan aku.

Masuk je McD, penuuuhhh kot. Ish, ish tak patut. Tapi, masa yang sama, rasa sikit laa bersyukur.

"Penuh laa, jom pi KFC laa. " kata kakakku.

Fuuhh, lega. Nampak Allah nak tolong di situ. Dengan muka hepi, jomm! Nanti aku tazkirah kat diorang kenapa kena boikot McD. Haha.

____________________________________________________

Dengan kawan lama lak?

Emm, senang je kot. Bagi ayat macam ni.

"Kita kawan dah lama, dari darjah satu. Dah nak masuk 13 tahun usia persahabatan kita kan."

"A'ah laa. Aku sayang sangat ngan frenship kita ni."

"Kalau kau sayang, dan nak sweet lagi, jom laa kita bersahabat sampai ke syurga. Masa tu, selama-lamanya kita bersahabat. Tak terlawan pun dengan 13 tahun tu."

Slurrrpp!

___________________________________________________

Memang banyak dugaan dan pancaroba yang kita kena lalui bila berada di jalan tarbiyah. Yelaa, kata nak masuk syurga. Nak masuk syurga kena laa letih sikit, kan syurga tu tempat kita berehat? Bangunlah, sedarlah wahai hati! Moga kita sama-sama tsabat di jalan ini.

SRIKANDI UMAR

Moga Allah Redha