Wednesday 12 December 2012

PANGGILAN BULATAN GEMBIRA


Kusut. Itulah yang dirasakan oleh Arman di waktu itu. Sebening mata pun tasik Shah Alam itu, seredup mata pun cuaca petang itu, tidak dapat menangkis apa yang dirasakan Arman sekarang. Ahh, kusut, kusut! Hanya perkataan itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan Arman.

Afham yang berada di sisi hanya melihat sahabatnya itu mengusutmasaikan rambutnya. Nampak macam psiko dan tertekan sangat dah Arman ni, hati Afham berkata-kata.

"Ham, aku.. Aku rasa tertekan sangat sekarang. Tak tahu kenapa. Malam-malam bila aku duk sorang-sorang, aku asyik pikir macam-macam. Macam-macam aku pikir Ham. Aku takut nak tidur. Takut kalau esok aku dah tak ada. " Perlahan Arman menuturkan ayat yang terakhir.

"Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali Man?" Afham mula memeluk bahu sahabat karibnya. Cuba menyalurkan sedikit semangat kepada Arman. Afham cuba untuk memahami masalah yang di hadapi Arman. Kebelakangan ini dia kelihatan tertekan. Kemuncaknya apabila....

___________________________________________________________


Sehari sebelum...

Afham serta sahabat-sahabat rapatnya, Fauzul dan Haikal baru pulang dari kafe. Mereka rancak bercerita tentang pengisian usrah mereka. Mereka kelihatan amat bahagia, amat menyayangi satu sama lain. Ukhwah fillah. Ya, istilah yang digunakan oleh 'kanak-kanak' yang baru ditarbiyah biasanya. Huhu.
Tanpa mereka sedari, Arman iaitu deskmate Afham mendengar semua yang diceritakan mereka, namun tidak mahu ikut serta kerana dirasakan tidak wajar dia buat begitu. Rendah diri menguasai. Dia bukan budak usrah! Itu yang selalu menghalangnya dari bersikap terlebih mesra dengan Afham dan kawan-kawannya. Apakah jenis mindset itu? Orang tak join usrah haram ke nak kawan ngan budak surah? Em, Arman seorang yang ceria, namun tiada yang tahu disebalik keceriaan yang dibina sendiri dengan susah payah itu. Sebab itu ada limitnya bila dia bergaul dengan rakan-rakannya.

Tanpa Arman sedari juga, Afham, Fauzul dan Haikal selalu membincangkan tentangnya. Bukan mengumpat, semestinya. Huhu. Tetapi mereka membincangkan bagaimana mahu menarik Arman masuk sama dalam bulatan gembira mereka. Mereka mahu Arman juga merasakan kegembiraan mereka iaitu kegembiraan yang hanya dapat dirasakan apabila kita sama-sama bahu ke bahu membina bulatan itu sendiri. Bukannya mereka tidak pernah mencuba, tetapi mereka tahu Arman seorang yang degil dan keras kepala. Hanya tahu menjawab setiap apa yang mereka katakan. Tapi itu mula-mula dulu. Setelah itu mereka sudah tidak mahu mencuba. Namun, kebelakangan ini mereka menyedari bahawa pentingnya menyampaikan atau DF(Dakwah Fardhiyah) kepada individu muslim. Mereka mahu menjadi seorang mukmin yang sayangkan saudaranya!


"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri." -Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Ya Allah, tidak beriman? Mahukah kita masuk golongan itu? Nau'dzubillah.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." -Al-Hujurat : 10

Ya.. Kita lah tu. Takkan kucing tepi jalan pulak! Huhu.


Begitu lah mereka, yang ini pikir macam gini, yang itu pikir macam gitu. Sampai ke sudah tak selesai. Namun pada hari itu, Arman terasa macam gatay mulut mahu lagi mengajak Arman untuk join sama dalam bulatan gembira mereka.

"Man, jom join usrah kitaorang nak?" dengan muka blur, Afham mengajak.

"Apa kau cakap?" muka Arman merah, dan.. dan..

"Join bulatan gembira kami, nak? " Ya, dan.. dann.. selepas mendengar Afham bertanya buat kali kedua, laju mutiara-mutiara air mata Arman membasahi pipinya. Weh, air mata jantan mahal tu. Mana nak carik?

"Eh, eh..Kau dah kenapa? Kenapa tiba-tiba menangis ni? " Arman cuak. Lantas berpaling ke belakang, tempat Fauzul dan Haikal. Mereka juga kelihatan cuak, sambil bertanya, "Apa hal?" dengan hanya menggerakkan bibir, tanpa suara. Terkejut, kerana itu bukan Arman yang mereka kenal. Arman seorang yang takkan menitiskan airmatanya. Ego terlalu tinggi mungkin.

"Em, tak ada apa-apa. Weh, nanti kau teman aku jap pergi ambik angin." Ajak Arman tiba-tiba.

"Ooh, ok. Nanti aku pinjam motor Abang Amri." Pantas sahaja Afham bersetuju. Tahu, ada sesuatu yang mahu dicurahkan kepadanya. Yela, dia pun ada pengalaman cam gitu dengan Naqib nya dulu, Abang Amri. Lawak bila diingat balik. Dushh, kenangan masa muda-muda.

___________________________________________________________




Kembali ke masa hadapan. Heheh. Ingat Back to The Future apa?


"Ya Allah, kenapa macam tu sekali Man? "

"Em, aku tak tahu. Lately, macam-macam ada dalam fikiran aku. Semua macam attack aku serentak kau tau tak. Tiba-tiba aku nampak semua benda-benda bodoh, jahiliyyah aku, kisah-kisah hitam dalam hidup aku. Aku takut aku tak sempat nak bertaubat, Ham." Arman mula sebak. Dia tunduk dengan airmata penyesalan bercucuran. Afham mengusap-usap bahu Arman.

"Kau curahkan semua, biar kau lega. Lepaskan semua dekat aku. "

"Dah lah dengan fikiran aku kacau, tambah pulak dengan kau dan kawan-kawan kita tu. Aku jeles tengok kau dengan Haikal, dengan Fauzul. Happy sangat. Aku nak join korang, tapi korang selalu cakap pasal tarbiyah lah, itu laa, ini laah. Sampai aku tak tahu macam mana nak turut sama. Aku rasa aku tak sesuai dengan korang. Aku buruk sangat. Aku teruk! "

Afham yang mendengar turut tidak dapat menahan sebak. Itulah Afham, seorang hamba Allah yang lembut hatinya.

"Dulu masa first time kau ajak, aku dengan ego aku. Mana mungkin aku join tarbiyah macam korang. Kena ikut abang-abang Naqib je selalu. Aku tak suka terikat dengan benda-benda macam tu. Tapi kebelakangan ni Allah macam nak bukak pintu hati aku, Ham. Allah bagi aku nampak kesalahan aku. Allah bagi aku nampak keburukan aku. Orang nampak aku happy, Ham. Tapi, kat dalam ni, Allah je yang tahu, Ham. Aku sakit sangat sebab terpaksa berlakon aje depan korang! Aku tunggu kau ajak aku semula, sebab aku dengan ego aku lah. Tapi, lepas kau tanya aku semalam, aku tak dapat tahan , Ham. Aku rasa masa tu aku nak peluk kau kuat-kuat, sebab Allah dah mudahkan aku." Arman tersenyum dengan sisa-sisa airmata masih di pipi.


“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Hati Afham bertambah sebak. Sampai macam itu sekali Arman lalui, Ya Allah. Kau kekalkan lah dia di jalan ini, Ya Allah. Aku sayangkan sahabat aku, semata-mata keranaMu. Lapangkanlah dadanya.

"Alhamdulillah, Allah dah pilih kau, Man. Allah dah bukak hati kau untuk berada di jalan Allah. Jangan fikir lagi perkara-perkara yang lalu, jom kita warna-warnikan hidup kita dengan sinar-sinar tarbiyah dalam bulatan gembira kita. " Afham mengucapkan syukur di dalam hatinya. Senyum menghiasi bibir mereka. 

Allah memilih dan hantar aku kepada Arman untuk mengajaknya ke jalan tarbiyah. Ya Allah, beratnya tanggungjawab ini, namun akan ku gunakannya sebaik mungkin, selagi kudrat masih ada, selagi iman masih di jiwa, selagi Islam belum mendapat takhtanya!

No comments:

Post a Comment