Thursday 28 March 2013

KOSONG


Ohoi. Ini kisah sorang budak hingusan yang bernama Syed Amir. Sempoi aje orangnya. Kegilaan ramai. Makcik-makcik yang bertenggek bersohseh-sohseh depan rumah pun kempunan nak buat menantu, si Syed ni. Budak baik katanya. Sejuk mata memandang. Yerkk! Yeke? Entahlah. Rupa tak yah citer, nanti terpesong pulak jalan citer ni dek korang terbayang muka Lee Dong Wook dan artis-artis kegilaan ramai. Perh, mintak jauh. (Pengenalan ni tak penting pon, :P)

Kisahnya bermulaaa.. Uhuk uhuk (Tersedak, sori tengah makan pisang goreng, nak bercerita pulak)

Syed Amir mula menghidupkan enjin motosikalnya yang diletak di halaman rumah. Mahu mulakan aktiviti petangnya. Mahu menghirup udara petang sekeliling kampung, katanya. Tiap-tiap petang kalau tak ke padang, bermain bola bersama teman sekampung atau rakan sekelasnya, itulah rutin hariannya. Menghabiskan minyak motor. Ek?

Setahun kemudian, Syed meneruskan pelajarannya di salah sebuah kolej persediaan di Selangor untuk ke Perancis, setelah mendapat keputusan yang daebak(hebat) dalam SPMnya.

Em, setelah memasuki kolej tersebut, rutin Syed sedikit berubah, namun tidak jauh dari rutin sebelum ini. Pagi bangun tidur, pergi kelas. Penat belajar, Syed akan tidur sekejap sebelum Asar. Selepas Asar, diteruskan dengan bermain futsal bersama rakan-rakannya di gelanggang kolej kediamannya. Syed sangat menjaga kesihatannya dengan bersenam. Malamnya pula, dia ke surau kolej, mencari peluang untuk berjemaah waktu Maghrib dan Isyak. Diambilnya al-Quran lalu dialunkan qalam Allah dengan tenang. Bacaannya biasa, namun akan menarik perhatian orang ramai kalau mendengarnya, kerana ada terselit tarannum yang dipelajarinya ketika sekolah menengah. Kes kena paksa masuk KKQ(Kelas Kemahiran Quran) dengan Ustazah. Ada laa sikit aset budak ni. Huhu.

Malamnya, selepas menyiapkan tugasan dan bagai kerja yang pensyarah bagi, Syed akan melabuhkan tirai. Baca doa tidur, tiga Qul, ayat kursi dan mengucap, Syed akan terlelap dengan sendirinya.

Esoknya, perkara yang sama berulang lagi. Bangun tidur, pergi kelas, main futsal, pergi surau, siapkan tugasan, tidur. Setelah beberapa lama Syed berada di kolej itu, Syed mula merasakan hari-harinya hanya ibarat dia memainkan recording yang sama. Sama dan sama. Setiap hari, hanya itu yang dilakukan. Hanya sekali sekala aktivitinya berlainan namun kebanyakannya masih SAMA.

"Kenapa jadi begini?" Hati Syed mula berkata-kata.

"Eh, takde papelah, perasaan kau je kot." Syaitan mula menyuntik jarum.

"Tak, tak. Ada yang tak ok. Hati aku.. Hati aku ada rasa lain. " kata Syed sambil memegang dadanya.

"Apa lagi yang tak ok? Kau dah solat, kau dah baca Quran, kau jaga hati mak ayah kau, orang ramai pun suka dan sayang kat kau, ok laa tu." Apa saja yang dapat meyakinkan manusia, syaitan akan katakan dan meracuni hati dan fikiran kita.

"Hati aku.. Aku rasa.. Aku rasa hati aku kosong." Syed meluahkan kata-kata itu pada diri sendiri, tanpa menghiraukan hasutan yang datang. "

"Oohh tidak! Manusia ni dah sedar!" Syaitan berkata lalu bertempiaran lari. Namun dia berjanji akan datang lagi untuk terus menyesat dan melontarkan rasa was-was dalam hati manusia. Itu janji syaitan dan iblis!

__________________________________________




Walaupun Syed yakin dengan rasa hatinya, namun dia tidak cuba mencari jalan keluar. Tidak tahu apakah jalan keluarnya. Hatinya buntu. Apa yang tak cukup sebenarnya? Sebelum ni masa duk kat rumah, tak pernah pun rasa macam ni. Em, runsing, namun cuba menjalani kehidupannya seperti biasa, seperti hari-hari sebelumnya. Cuba menghilangkan perasaan itu dengan berkumpul dengan kawan-kawannya dan mencari topik hangat untuk dikongsikan.

Namun, itu hanya perancangan Syed. Allah yang menentukan. Saban hari, hatinya makin parah. Tidak ketemu dengan ketenangan. Arghhh tidakkk!

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku jalan. Aku bingung. Aku dambakan pertolonganMu." Syed mula menagih jawapan daripada Allah yang Maha Mendengar dan Maha Memberi Pertolongan.

__________________________________________

Pada suatu maghrib, ketika Syed sedang asyik mengalunkan bacaan al-Quran, dirinya disapa seorang senior. Manis mukanya tersenyum pada Syed. Menghulurkan tangan untuk berjabat. Baru sahaja tangan Syed disambut oleh senior itu, Syed merasakan dirinya ditarik ke dalam dakapan orang itu.

Eh? Kena peluk? Dengan orang yang tak kenal?

Perlahan-lahan Syed menarik dirinya dari terus dipeluk kemas oleh senior itu. Muka sedikit kemerahan. Malu! Aha.

"Kamu junior kan?" Senior tadi memulakan bicara setelah dilihat Syed bingung diperlakukan sebegitu. Tak biasa mungkin.

Syed mengangguk.

" Saya Syed Amir. Boleh panggil Syed." Syed memperkenalkan diri.

"Ooh, abang Khairul Bahri. Boleh panggil  bang Kero. " setelah mendengar nama panggilan senior tersebut, Syed tergelak. Namun apabila melihat senior tersebut mempamerkan muka pelik, Syed mengawal gelaknya. Bukan apa, teringat dulu watak kartun, Kero Bero dalam cerita Card Captor Sakura, cerita kegemaran Syed masa zaman muda-muda dulu. Hiks. Aishh, sekarang bukan masa nak terfikir pasal tu laa.

"Abang tengok Syed ni rajin turun surau. Selalu baca al-Quran kat sini kan? Lepas maghrib dan Isyak. "

Syed mengangguk mengiakan. Amboi, stalker ke apa abang ni?

"Abang bukan stalk Syed, tapi Syed selalu duduk sebelah abang. Abang pun dah cam muka Syed. Syed je yang tak tengok kiri kanan dah."

Syed terbatuk. Aii, macam dapat baca fikiran orang je abang ni.

"Sedap Syed baca." Khairul Bahri melihat jauh ke dalam mata Syed, dengan tenang.

Syed mula merasakan hatinya terisi sesuatu. Tidak tahu apa, tapi dia tahu, memang ada. Ada sesuatu. Allah hantarkan pertolongan ke? Hatinya berdetik.


*bersambung

Video berkaitan :)

Srikandi Umar
Moga Allah Redha