Sunday 20 January 2013

JADI SIPUT BABI, A KE B?



Hari ni nak cerita sal siput babi.

Eh, siput babi? 


Hai, jangan pandang rendah ye kat binatang tu. Aha. Nama saintifik dia Achatina Fulica. Amboih! Ayu beno nama sebenarnya. Ahak. 


Ek, kenapa dengan Cik Fulica ni, Srikandi Umar? 



Actually, baru-baru ni ada sahabat buat eksperimen Biologi sal Habituation. Apebendanya pulak kan Habituation tu? Em, ringkasannya, siput ni bila kita poke dia, dia akan masuk dalam cangkerangnya. Lama-lama bila dah banyak kali sangat kita poke dia, si siput tu dah malas dah nak layan korang, dan sampai satu tahap dia takkan masuk dalam cangkerang dia. Tu laa maksud Habituation, dalam ayat kampung sekampung-kampungnya. (Haha, sori tu all Biology students)

_______________________________________________________

Maka, terserlahlah keayuan Sufi bila main poke-poke dengan Cik Fullica ni. Menjerit boleh kalah pontianak belakang bangunan tinggal(perlu ke? ). Tapi tu mula-mula. Lepas tu, bukan main lagi bercanda ria dengan baby Fullica tu. Hek. 

Tengah-tengah bergurau senda dengan Cik Fullica, seorang sahabat bertanya. 

"Agak-agak Si siput ni boleh ditadabbur tak?"

"Eh? Siput pon boleh ditadabbur ke?" Sufi buat muka blur sambil angkat sebelah kening, gaya macam Ziana Zain.


"Apa cekadaknya kau ni? Semua ciptaan Allah boleh ditadabbur laa. Nama lagi tadabbur alam." Riena membalas.


"Ooo.. " Sufi dengan muka excitednya  nak mendengar selanjutnya dari Riena.


________________________________________________________

"First analogi, bad side. Kita tengok orang yang sering melakukan maksiat dan dosa. Kenapa mereka tak rasa apa-apa bila buat perkara yang dilarang Allah? "


"Em em. Diorang dah habituated dengan maksiat tu laa kot. " Sufi pantas memberi jawapan.


"Haa, tepat sekali! Bila fikir balik, sama laa kan dengan siput babi tu. Mereka dah terbiasa sangat dengan cuitan jahiliyyah dari masyarakat dan orang-orang di sekeliling mereka. Mula-mula tu mungkin mereka still ada rasa takut dengan Allah dan azabNya. Mereka cuba elak benda tu. Namun, kalau dah jadi kebiasaan, gentar dan takut tu hilang macam tu je. Habituated dengan dosa."


“Bukankah mereka berjalan di atas muka bumi, lalu (bukankah) mereka pun memiliki hati yang mereka bisa berpikir dengannya, atau memiliki telinga yang mereka bisa mendengar dengannya. Maka sesungguhnya bukanlah mata mereka yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada” (Al-Hajj : 46)

"Ya Allah, takutnya kalau jadi sampai tahap macam tu kan? Dah terbiasa dengan dosa sampai tak boleh bezakan baik buruk, dosa dan pahala. Bak hati dah keras. Naudzubillah."


"Ye, naudzubillahi minzalik. Mintak dijauhkan dari kita, kan Sufi?" Senyum.

________________________________________________________


"Good side pulak apa yang kau boleh kaitkan dengan Cik Fullica ni?"


"Good side pulak, siput babi ni boleh jadi idola kita jugak. Haha. "

"Haaa? Kau biar betik?" Sufi ternganga. 

"Yelaa. Tengok eh. Ia ibarat saudara kita yang baru ditarbiyah. Dan still hidup dalam kalangan yang masih belum dibuka hatinya untuk hidayah Allah. Asyik terkena cuitan jahiliyyah aje. Kita mungkin malu pada mulanya kerana orang terperasan dengan hijrah kita. Dan kita mungkin tak kuat dengan jelingan-jelingan negatif yang mungkin juga datang dari keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat rapat kita. Lalu, kita cuba bersembunyi di dalam cangkerang kita. But then, as time passes by, as long as kita berdoa pada Allah, kita mungkin akan diberi kekuatan tersebut untuk habituated dengan pandangan-pandangan serong orang lain pada kita. Dan, tidak mungkin kita mahu terus bersembunyi dalam cangkerang kita je kan. Malah, kekuatan dan kemantapan diri grows with time dan tak mustahil kita akan mengajak diorang ikut sama dengan kita di jalan penuh redha Allah ini. " 

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad : 7 )

Sufi kagum.

"Macam mana laa kau boleh terfikir benda ni, sedangkan aku hanya nampak ia, as siput babi. Tu je. "


"Bagi hati mereka yang dalamnya ada Maha Pencipta, dia akan nampak semua benda, datangnya dari Allah, sebab itu, semuanya dapat dikaitkan dengan Allah. " Senyum lagi. 

Soo, jom pilih, nak ambil pilihan pertama ke, pilihan kedua untuk dijadikan contoh? Dua-dua datangnya dari siput, namun cara penghayatannya, lain. 

-Srikandi Umar-

[Moga Allah Redha]





Sunday 13 January 2013

SENTAL, YUUKK!


Ibu tengah basuh pinggan. Perlahan-lahan Arif menuju ke sinki dan meletakkan pinggan kotornya. Ibu menjeling. Arif tersengih kambing.

"Dah besa panjang pun tak reti nak basuh pinggan sendiri?"

"Alaa, sekali-sekala Arif balik, time ni la nak bermanja dengan Ibu, hehe."

"Yeke? Selama ni pun tak pernah ibu tengok tangan Arif pegang berus pencuci pinggan ni hah." 

"Eh, yeke? Hoho." Kantoi.

"Risau Ibu macam ni Arif. Macam mana laa kamu hidup dengan budak bujang kat KL tu. Alamaknya bertimbun laa ye pinggan kotornya."

"Eh, yang tu Ibu jangan risau. Kat rumah tu ada sorang budak nama Syafiq. Dia rajin, bu. Kalau dia nampak je pinggan berlambak dalam sinki tu, laju je dia tolong bersihkan. Huhu."

"Ooh iye? Baguih sangat si Syafiq tu ye. Em, tu pinggan, takpe la orang lain boleh basuhkan, boleh kilatkan. Kalau hati sendiri, boleh orang lain tolong?" 

"Eh, apa kaitan basuh pinggan ngan hati, bu?" Oi, Ibu aku sejak pencen ni, dah jadi macam ustazah pilihan lak ye. Dulu tu ada la sal solat je dia tegur. Skang ni, fuuh, sal hati? Makan dalam.

__________________________________________________

Apa kena mengena basuh pinggan dengan hati? Aha. Kalau tak basuh pinggan berbulan-bulan, bertambun pulak tu. Lepas makan, timbun lagi pinggan kotor. Bukan nak dicuci, dibasuhnya, Em, macam mana la agak-agak keadaannya sinki, dapur, malah rumah kita kan? Busuk, entah berulat, penuh karat dan kotoran. Dapat tak kaitannya di situ? Tak dapat? Cepat pergi basuh pinggan. :)

Ish, confem geli an ngan sinki uh. Entah ada ke tidak yang nak dekat. Ada ke tidak yang nak tolong basuh. Tapi, sape yang berani pergi cuci sinki tu, dia lah the best. Dia lah manusia superb. Sebab, dia tak sanggup lagi hidup dengan bau busuk, dengan ulat-ulat dan sampah sarap tu. Ish, pengotor! End with pinggan tak berbasuh.

__________________________________________________



Rasulullah S.A.W bersabda :

“…Dalam hati kamu ada segumpal darah. Apabila baik segumpal darah itu, maka baiklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Apabila buruk segumpal darah itu, maka buruklah seluruh (tindakan yang lahir daripada) tubuh kamu. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati.” [HR Bukhari Muslim]

Hati ni macam control centre kita laa. Sangatlah wajib dijaga. Tatanglah ia macam kita jaga I-phone kita. (?) Sayang sangat phone an. Tak lah. Kita kena sayang sangat dengan sekeping hati kita ni. Sekeping je tau! Tak dapat nak beli kat mana-mana dah. Bila rosak ia, rosaklah kita. Rosaklah ukhwah kita. Rosak lah ibadah kita. Rosaklah jalan kita menuju syurga. Nak ke? Say "TAK NAAAKK" dengan penuh semangat. Hehe. 

Dah tuu, kenapa tak jaga hati kita elok-elok? Kenapa biarkan penuh dengan karat jahiliyyah dan ulat-ulat pemakan hati? Kenapa biarkan titik-titik dan noda-noda hitam satu persatu bertimbun-tambun dalam hati kita? Kenapa takde usaha nak membersihkannya? 

Tak terkena tempias bau yang tak enak tu ke? Tak terasa yang diri ni dah sesak nafas sangat dengan dosa-dosa kita? Tak terasa hati kita dah keras sangat sebab bermandikan maksiat setiap masa? Tak rasa hati kita buta dan gelap sebab tak pernah nak mencari cahaya petunjuk Allah? 

Emm, itulah akibat tak basuh pinggan. Aha, lagi. Nampak dah kaitannya? Tak nampak lagi, anda sudah boleh ke kedai beli Clorox. Sedia memberus. Hehe.

Abes tu, acane nak kasi suci murni putih bersih hati kami, Wahai Srikandi Umar?

Rasul s.a.w. telah ajar kita dalam satu hadis yang mafhumnya :
“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w. ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasul s.a.w. bersabda : “Ingati mati dan membaca Al-Quran.” [HR Baihaqi]

-Ika Rahman -

Moga Allah Redha