Thursday 20 December 2012

SAY, ALHAMDULILLAH SUDA!






"Result aku teruk sangat weh. Turun menjunam, langgar batu, masuk gaung!"

"Result aku asyik maintain aje, bila nak naik ni. Highway je, nak naik bukit gak? "

"Result aku naik sikit, tapi still teruk, derr. "

Dan bunyi-bunyi itu terus berkumandang sejak result final di umumkan..

"Apa yang korang sok seh sok seh ni? " Haaa, Srikandi Umar dah datang! Penyelamat iman kekawannya. Heh.

___________________________________________________

Apa punya manusia dan hambalah kita ni? Tak pernah puas hati kan dengan apa yang kita dapat? Bila lagi nak bersyukur ni? Dapat ini, nak itu, dapat itu, nak ini. Haii, susah bela korang lah. Haha. Astaghfirullah, nasib baik Allah tak cakap macam tu kat kita, kalau tak? Naya laa korang kan. Heheh. 

Kita.. Kita.. Apa nak jadi ngan kita? Yela, saya, kamu, haa, dan kamu.. Baru kena cubit, kena jentik sikit dah mengaduh macam orang nak beranak. Haha, perumpamaan apakah itu? Entah. Em, nak cakapnya, baru Allah nak usik sikit, dah memacam kita fikir kat Allah. Buruk sangka dengan Allah. Astaghfirullah. Apa hak kita hah nak fikir macam tu dengan Pencipta kita? Sobss. 

Betapa kecilnya ujian yang kita dapat, kita ingat Allah tak sayang kita. Anggap ujian tu keterlaluan untuk kita. Sedih bagai nak rak. Macam mati pun kalau tak lulus exam? Kalau mati pun, mati syahid ape? (Paham-paham jelah) Heh. 

Teman-teman sekalian, apa laa sangat kan ujian kita nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita dekat Palestine? Syria? Rohingya? Tau tak Rohingya tu apa nama harimaukah? Aha. Alahai, kecik sangatlah teman-teman, kalau mahu dibandingkan. Atau, memang tak layak nak dibandingkan pun. Ujian tu ke yang tentukan hidup mati kita, syurga atau neraka kitakah? Semustinya tidak! Hehe.

Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu, ujian tidak pernah sunyi dan lari dari orang-orang yang beriman. Habis, taknak diuji, taknak jadi orang beriman ke? Eh, saya tau jawapan tidak! Hee. Selagi kita tak diuji, mana nak tau kita beriman ke tidak, kan? Sama la macam exam, tak kena test, mana nak tau sapa bijak sapa tak, sapa rajin dan sapa tak? 


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami beriman." dan mereka tidak diuji? " Ankabut : 2

Yelaa, macam nak cakap, "Saya hebat dalam masakan." Selagi tak tunjuk depan mata kepala orang lain, mesti tak valid kan kata-kata tu? 

_____________________________________________________




"Kita tak boleh lah nak ungkit macam-macam tentang perkara yang terjadi. Apatah lagi bila kita merungut dengan sesuatu yang terjadi. Kita sepatutnya bersikap husnudzhan dengan Allah. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Setiap kesusahan akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Kita kena berlapang dada dan redha dengan ketentuan Allah, supaya kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hati kita." Aisya yang digelar Srikandi Umar itu tersenyum menuturkan ayat itu.


"Orang yg bersabar ialah apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Innalillahi wa inna ilahi raji'un". 



Mereka itulah yg mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. " (Al-Baqarah : 156-157)

_______________________________________________________

Kadang-kadang kita asyik mendongak ke atas, kita bandingkan diri kita dengan orang yang lagi hebat. Bagi hati yang kontang, confem down. Putus asa, dah hilang vocab bersyukur dalam hidup dia. Sepatutnya kita dongak atas, usaha nak panjat tangga gantung tu, biar tak ditinggal orang, usaha. Bukan putus asa. 

Jangan mendongak sangat, kang terseliuh leher kang. Sesekali ce pandang bawah. Biar tak tergeliat tengkuk tu. Bila pandang bawah, baru kita tau nak bersyukur. Baru bersyukur, at least aku panjat dah tinggi sikit dari si polan dan si polanah. Ada yang baru nak mula memanjat. Banyak sangat nikmat Allah. Ayuh bersyukurlah kita.


"Dan mereka memperoleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" Yassin : 73


Ujian jugak tanda Allah sayang dan rindu kita! Allah dah lama sangat tak dengar kita curhat. Kita dah jauh tinggalkan Allah? Dah lama kita tak mengadu dengan Allah. Dah lama kita tak meminta-minta dengan Dia. Dah lama sangat kita tak menangis mohon ampun dan taubat dari Dia. Allah bagi hint untuk kita tu! Allah RINDU KITA laaahh. Sweet sangat! Heheh. Apa lagi, ni lah masa kita nak 'dating' dengan Allah. Meluangkan masa bersama. Gulp. Hee.

Ayuh muhasabah diri. Jangan hanya disebabkan ujian yang tak seberapa, kita kecundang. Bangkitlah bersama iman yang kental, menuju jihad yang sebenar-benarnya. 

Monday 17 December 2012

KITA, KITA PERLUKAN DIA!





Umar al-Mujahid mendengus. Sakit hati menguasai diri. Matanya dijeling ke arah Saifullah, yang dulunya di anggap sahabat rapat, tempat berkongsi suka dan duka. Sekarang Saifullah hanya bergelak ketawa bersama teman-temannya yang baru. Umar masih hilang punca kenapa temannya itu boleh berpaling arah darinya. Mereka terkenal dengan kenakalan di sekolah dahulu. Siapa yang tak kenal mereka. Selalu dipanggil nama semasa berhimpunan, akibat selalu ponteng sekolah dan kelas tambahan.

"Blah lah kau, ingat aku nak sangat kau ke? Berlambak lah orang lain aku boleh cari buat kawan. " Umar berkata perlahan, namun tegas. Tanpa disedari, kata-katanya itu didengari Banna, yang kebetulan melintasi meja Umar, di perpustakaan kolej mereka.

Banna tersenyum melihat Umar. Sejak bertemu Umar semasa pendaftaran kolej kira-kira lima bulan lepas, dia dapat merasakan Umar ada potensi untuk diajak ke arah mencari mardhatillah. Logamnya iaitu tegas, dapat digunakan untuk menyebarkan cinta Allah, bak Umar al-Khattab, sahabat Rasulullah.


'Umar hanya perlu diberi pengisian hatinya dahulu. Hatinya sebenarnya ada sinar-sinar keimanan, tetapi nafsu keduniaan menutup semua kelebihan pada dirinya. ' Hati Banna berkata-kata. Saat itu, dia tekad mendekati Umar, walaupun setiap kali dia dilayan dingin oleh Umar.


"Assalamualaikum ya akhi! " Banna ceria menegur, namun perlahan, sedar mereka di dalam perpustakaan.


Umar tersentak. Sebaik melihat wajah Banna, raut wajahnya terus berubah.

'Aish, dia ni asyik kacau aku je, nak datang bagi ceramah la tu.' Hati Umar berkata sinis, namun jauh disudut hatinya, ada perasaan senang dengan Banna. Sikit aje! Nafsu jahat menghasut Umar.

"Em, waalaikumussalam. " jawab Umar acuh tak acuh. Banna mantain dengan muka cerianya.


"Boleh ana duduk sekali? Meja lain dah penuh." Banna melihat sekeliling. Umar juga. Memang semua meja dah dipenuhi. Banna bersyukur. Bak Allah menolongnya untuk mendekati Umar. Teringat pada ayat 7 daripada surah Muhammad, ayat yang baru ditadabbur bersama ikhwan halaqoh mereka.


"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 

"Asif, kalau ana macam menyibuk, tapi tadi ana terdengar anta macam marahkan seseorang? Asif, kalau anta keberatan, tak perlu bercerita. " Banna tak mahu Umar menganggapnya busy body. 


Em, busy je dia ni nak tahu hal aku. Tapi, dia ni kan banyak ilmu, mana dapat idea ke apa. Boleh jela nak cerita kat dia. Lagipun sekarang ni aku takde orang lain dah nak berkongsi cerita. Bagaikan air sungai mengalir laju, pantas dan selancar itulah Umar bercerita tentang apa yang terjadi antara dia dan Saifullah. Banna setia mendengar.


"Em, aku tak heran sebenarnya dia nak berambus ke, aku tak perlukan dia pun. Bukan datang pekdah apa pun kat aku. " Umar mengakhiri ceritanya. Banna kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum.


"Anta dah pernah tanya kat dia kenapa dia berubah? "


"Tak. Malas nak bercerita panjang pulak dengan dia. Aku dah tak perlukan dia lagi. "


Banna diam sejenak. Memikirkan kata-kata paling berhikmah untuk diberikan pada Umar. Ingin diteruskan usaha menarik Umar ke jalan tarbiyah. Ke jalan yang hanya mendambakan keimanan pada Allah Maha Besar.


"Umar, bagi ana, bila sesuatu itu berlaku, ia berbalik pada diri kita sendiri. Kadang-kadang, apa yang berlaku, sebab Allah nak kita tengok balik diri kita. " Banna memulakan.


"Maksudnya?" Umar bertanya.
________________________________________________________




                     


"Em, Allah nak uji anta. Allah buat Saifullah berpaling dari anta. Dan anta cakap tadi, anta dah tak perlukan Saifullah kalau dia dah tak hiraukan anta dan kalau dia dah pergi dari anta. "

Bila nampak wajah Umar makin blur, Banna meneruskan kata. Sedaya mungkin tidak mahu menggores hati Umar.


"Umar, mungkin Allah nak menggambarkan anta bila anta dah tak hiraukan Allah, bagai anta dah tak perlukan Dia. Allah mahu bagi peringatan untuk anta. "


"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah, Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji. "  Faatir : 15

"Ingatlah Umar, Allah tak perlukan kita. Tapi sebaliknya, kita yang perlukan Dia. Allah tak rugi apa-apa kalau kita tak mengikut perintah Dia, kalau kita sewenang-wenangnya lakukan apa yang dilarangnya. Allah tak rugi kalau kita memilih untuk tidak beriman kepada Dia. Kita yang rugi, kita yang rugi, ya akhi.  Kenapa ana kata begitu? Kenapa kita rugi? "


Umar tidak mampu menjawab.


"Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru
(untuk menggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sukar bagi Allah. " Faatir : 16 & 17

Tenang Banna melantunkan kalam Allah itu. Umar yang mendengar tersentap!


"Ya Umar, seperti yang Allah katakan dalam ayat tersebut, bila-bila masa Allah boleh menggantikan kita dengan mana-mana makhluk yang Dia nak. Buat apa Allah nak simpan kita lagi, andai kalau kita tak buat pun apa yang Allah perintahkan? Malas nak menyebarkan agama Allah, bahkan untuk menyelamatkan diri sendiri daripada azab api neraka pun tak mahu? Apa tujuan kita dicipta di dunia ini? Semata-mata menghias dunia ini sahajakah? Padahal Allah ada mengatakan tentang tujuan kita diciptakan."


"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu" Adzariyat : 56

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.. " Al-Baqarah : 30


"Allah ciptakan setiap manusia di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah kepadaNya, ya Umar. Adakah kita, sebagai hamba, melaksanakan sepertimana yang Allah suruh? Ataupun hidup kita hanya penuh dengan kelalaian dan hiburan semata-mata? Kita mungkin terlalu leka dengan dunia yang fana ini. Sehingga terlupa apa tujuan kita ada di sini. Kenapa kita wujud di sini. "


"Ia seperti barang yang kita beli. Kalau lama-kelamaan barang tersebut dah tak dapat digunakan sepertimana asalnya, dan dah tak dapat berfungsi dengan baik, tak mungkin kita akan simpan lagi barang tersebut bukan? Kita akan membuangnya kerana ia hanya akan menyemakkan lagi rumah kita. Dan kita akan beli yang baru untuk menggantikannya. Betul kan, wahai Umar? "


Umar terdiam. Kata-kata Banna amat terkesan di hatinya. Perlahan-lahan Umar mengangguk mengiakan kata-kata Banna. Ada mutiara di tubir mata Umar.


"Ingatlah sahabatku. Allah menjadikan Saifullah sebagai petunjukNya kepada anta. Itu peringatan daripada Allah, yang menunjukkan Allah masih mahu memberikan peluang kepada anta untuk kembali sepenuhnya kepada Dia. Ingat, Allah sesaat pun tak perlukan kita. Tapi, kita sangatlah, setiap masa perlukan Dia. Golden chance only knocks once, you know it! " Banna berkata perlahan sambil melemparkan senyuman paling manis kepada Umar. Dalam hatinya berdoa Umar al-Mujahid akan menjadi sehebat Umar al-Khattab yang membakar peluhnya semata-mata mencari keredhaan Allah.


Wednesday 12 December 2012

PANGGILAN BULATAN GEMBIRA


Kusut. Itulah yang dirasakan oleh Arman di waktu itu. Sebening mata pun tasik Shah Alam itu, seredup mata pun cuaca petang itu, tidak dapat menangkis apa yang dirasakan Arman sekarang. Ahh, kusut, kusut! Hanya perkataan itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan Arman.

Afham yang berada di sisi hanya melihat sahabatnya itu mengusutmasaikan rambutnya. Nampak macam psiko dan tertekan sangat dah Arman ni, hati Afham berkata-kata.

"Ham, aku.. Aku rasa tertekan sangat sekarang. Tak tahu kenapa. Malam-malam bila aku duk sorang-sorang, aku asyik pikir macam-macam. Macam-macam aku pikir Ham. Aku takut nak tidur. Takut kalau esok aku dah tak ada. " Perlahan Arman menuturkan ayat yang terakhir.

"Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali Man?" Afham mula memeluk bahu sahabat karibnya. Cuba menyalurkan sedikit semangat kepada Arman. Afham cuba untuk memahami masalah yang di hadapi Arman. Kebelakangan ini dia kelihatan tertekan. Kemuncaknya apabila....

___________________________________________________________


Sehari sebelum...

Afham serta sahabat-sahabat rapatnya, Fauzul dan Haikal baru pulang dari kafe. Mereka rancak bercerita tentang pengisian usrah mereka. Mereka kelihatan amat bahagia, amat menyayangi satu sama lain. Ukhwah fillah. Ya, istilah yang digunakan oleh 'kanak-kanak' yang baru ditarbiyah biasanya. Huhu.
Tanpa mereka sedari, Arman iaitu deskmate Afham mendengar semua yang diceritakan mereka, namun tidak mahu ikut serta kerana dirasakan tidak wajar dia buat begitu. Rendah diri menguasai. Dia bukan budak usrah! Itu yang selalu menghalangnya dari bersikap terlebih mesra dengan Afham dan kawan-kawannya. Apakah jenis mindset itu? Orang tak join usrah haram ke nak kawan ngan budak surah? Em, Arman seorang yang ceria, namun tiada yang tahu disebalik keceriaan yang dibina sendiri dengan susah payah itu. Sebab itu ada limitnya bila dia bergaul dengan rakan-rakannya.

Tanpa Arman sedari juga, Afham, Fauzul dan Haikal selalu membincangkan tentangnya. Bukan mengumpat, semestinya. Huhu. Tetapi mereka membincangkan bagaimana mahu menarik Arman masuk sama dalam bulatan gembira mereka. Mereka mahu Arman juga merasakan kegembiraan mereka iaitu kegembiraan yang hanya dapat dirasakan apabila kita sama-sama bahu ke bahu membina bulatan itu sendiri. Bukannya mereka tidak pernah mencuba, tetapi mereka tahu Arman seorang yang degil dan keras kepala. Hanya tahu menjawab setiap apa yang mereka katakan. Tapi itu mula-mula dulu. Setelah itu mereka sudah tidak mahu mencuba. Namun, kebelakangan ini mereka menyedari bahawa pentingnya menyampaikan atau DF(Dakwah Fardhiyah) kepada individu muslim. Mereka mahu menjadi seorang mukmin yang sayangkan saudaranya!


"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri." -Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Ya Allah, tidak beriman? Mahukah kita masuk golongan itu? Nau'dzubillah.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." -Al-Hujurat : 10

Ya.. Kita lah tu. Takkan kucing tepi jalan pulak! Huhu.


Begitu lah mereka, yang ini pikir macam gini, yang itu pikir macam gitu. Sampai ke sudah tak selesai. Namun pada hari itu, Arman terasa macam gatay mulut mahu lagi mengajak Arman untuk join sama dalam bulatan gembira mereka.

"Man, jom join usrah kitaorang nak?" dengan muka blur, Afham mengajak.

"Apa kau cakap?" muka Arman merah, dan.. dan..

"Join bulatan gembira kami, nak? " Ya, dan.. dann.. selepas mendengar Afham bertanya buat kali kedua, laju mutiara-mutiara air mata Arman membasahi pipinya. Weh, air mata jantan mahal tu. Mana nak carik?

"Eh, eh..Kau dah kenapa? Kenapa tiba-tiba menangis ni? " Arman cuak. Lantas berpaling ke belakang, tempat Fauzul dan Haikal. Mereka juga kelihatan cuak, sambil bertanya, "Apa hal?" dengan hanya menggerakkan bibir, tanpa suara. Terkejut, kerana itu bukan Arman yang mereka kenal. Arman seorang yang takkan menitiskan airmatanya. Ego terlalu tinggi mungkin.

"Em, tak ada apa-apa. Weh, nanti kau teman aku jap pergi ambik angin." Ajak Arman tiba-tiba.

"Ooh, ok. Nanti aku pinjam motor Abang Amri." Pantas sahaja Afham bersetuju. Tahu, ada sesuatu yang mahu dicurahkan kepadanya. Yela, dia pun ada pengalaman cam gitu dengan Naqib nya dulu, Abang Amri. Lawak bila diingat balik. Dushh, kenangan masa muda-muda.

___________________________________________________________




Kembali ke masa hadapan. Heheh. Ingat Back to The Future apa?


"Ya Allah, kenapa macam tu sekali Man? "

"Em, aku tak tahu. Lately, macam-macam ada dalam fikiran aku. Semua macam attack aku serentak kau tau tak. Tiba-tiba aku nampak semua benda-benda bodoh, jahiliyyah aku, kisah-kisah hitam dalam hidup aku. Aku takut aku tak sempat nak bertaubat, Ham." Arman mula sebak. Dia tunduk dengan airmata penyesalan bercucuran. Afham mengusap-usap bahu Arman.

"Kau curahkan semua, biar kau lega. Lepaskan semua dekat aku. "

"Dah lah dengan fikiran aku kacau, tambah pulak dengan kau dan kawan-kawan kita tu. Aku jeles tengok kau dengan Haikal, dengan Fauzul. Happy sangat. Aku nak join korang, tapi korang selalu cakap pasal tarbiyah lah, itu laa, ini laah. Sampai aku tak tahu macam mana nak turut sama. Aku rasa aku tak sesuai dengan korang. Aku buruk sangat. Aku teruk! "

Afham yang mendengar turut tidak dapat menahan sebak. Itulah Afham, seorang hamba Allah yang lembut hatinya.

"Dulu masa first time kau ajak, aku dengan ego aku. Mana mungkin aku join tarbiyah macam korang. Kena ikut abang-abang Naqib je selalu. Aku tak suka terikat dengan benda-benda macam tu. Tapi kebelakangan ni Allah macam nak bukak pintu hati aku, Ham. Allah bagi aku nampak kesalahan aku. Allah bagi aku nampak keburukan aku. Orang nampak aku happy, Ham. Tapi, kat dalam ni, Allah je yang tahu, Ham. Aku sakit sangat sebab terpaksa berlakon aje depan korang! Aku tunggu kau ajak aku semula, sebab aku dengan ego aku lah. Tapi, lepas kau tanya aku semalam, aku tak dapat tahan , Ham. Aku rasa masa tu aku nak peluk kau kuat-kuat, sebab Allah dah mudahkan aku." Arman tersenyum dengan sisa-sisa airmata masih di pipi.


“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Hati Afham bertambah sebak. Sampai macam itu sekali Arman lalui, Ya Allah. Kau kekalkan lah dia di jalan ini, Ya Allah. Aku sayangkan sahabat aku, semata-mata keranaMu. Lapangkanlah dadanya.

"Alhamdulillah, Allah dah pilih kau, Man. Allah dah bukak hati kau untuk berada di jalan Allah. Jangan fikir lagi perkara-perkara yang lalu, jom kita warna-warnikan hidup kita dengan sinar-sinar tarbiyah dalam bulatan gembira kita. " Afham mengucapkan syukur di dalam hatinya. Senyum menghiasi bibir mereka. 

Allah memilih dan hantar aku kepada Arman untuk mengajaknya ke jalan tarbiyah. Ya Allah, beratnya tanggungjawab ini, namun akan ku gunakannya sebaik mungkin, selagi kudrat masih ada, selagi iman masih di jiwa, selagi Islam belum mendapat takhtanya!

Wednesday 5 December 2012

MAGIKA


Suatu malam, Syu dengan Luna melangkah ke bilik tv di blok 7 Kolej Raflesia. Masuk je, riuh suara junior-junior tengah tengok Magic Show. Sape entah tukang silap mata tu, Sheril? Shahril? Entah. Syu dengan Luna memang tak pernah ambil tau hal-hal cam gini. Buta sikit pasal rancangan-rancangan yang kurang ilmiah ni.

"Ooooo, caya lah. Macam mana dia boleh buat tu? " kata sorang junior ni, kagum.

"Entah, terror abes ah, " sambut sorang lagi junior.

Bertambah riuh jadinya bila tukang silap mata tu berjaya melepaskan diri dari ikatan. Kalau tidak berjaya dalam 30 saat, sang Magician tu akan di baham jerung kat bawah air tu.

"Apa nak kagum sangat dik? Trick je tu. " Luna menambah. Jelek dengan budak-budak ni yang kagum dengan benda-benda macam ni. Sorang budak yang paling dekat dengan Luna mendengar kata-kata Luna.

"Eh kak, kan dia buat depan mata kita tu? Tak nampak trick apa-apa pun."

"Memang dia buat sendiri, kak" tambah lagi sorang budak.

Alahai, datang belajar sampai Kolej Tun Husin dengan scholar JPA, takat tu je kamu boleh fikir, dik?
Luna pandang Syu. Syu pandang Luna. Dorang menggelengkan kepala. Hampir serentak.


Mereka mengambil keputusan untuk menunggu rancangan tersebut tamat sebelum melaksanakan tugas macam biasa. Sambil itu, mereka tadabbur ayat suci al-Quran bersama. Tak nak membazirkan setiap saat yang ada.

_________________________________________________________



Tamat. Tv diOff. Lalu Luna dan Syu meminta beberapa junior yang tinggal untuk duduk sekejap bersama mereka di taman tepi blok. Ada yang mahu di kongsi katanya. Junior-junior tersebut macam kurang senang. Ada yang buat muka. Yelaa, diorang tau Luna dan Syu ni tukang sihir jugak kolej tu. Asyik dikejarnya junior-junior untuk ditarbiyah. Sihir bagi lembut hati laa. Kami sayang kamu.

"Tadi adik-adik sangat bangga tengok Magician tu buat trick kan? " Luna mula.
Pantas mereka-mereka ni macam belatuk semuanya, mengganggukkan kepala laju. Tunjuk muka yang sangat kagum.

"Macam betul magik kan? Tiba-tiba gajah boleh ada belakang kain nipis tu, belah-belah badan orang dan bila sembur-sembur sikit dapat sambung balik. Apa lagi eh? " Syu pura-pura bertanya.

"Terbang kak Syu! Orang tu boleh terbang! Hebat kan? " Junior bernama Julia menjawab dengan jujurnya. Aishh budak-budak ni.

"Hebatkan? Emm, adik-adik sangat kagum dengan apa yang manusia boleh buat. Padahal mereka semua tu memang dah ada trick. Yang guna jin pun ada. Bukan mereka yang ada power tu. Cuba adik-adik pandangan sekeliling. Adik-adik tak rasa semua ni magik ke? Tak rasa kagum ke dengan sekeliling kita?  Burung boleh terbang, adik-adik tak kagum? Padahal semua tu berlaku depan mata adik-adik kan? Live. Lagi, langit tergantung. Takde tiang, takde tali yang pegangnya. Yang paling dekat, kita sendiri. Kita dapat bernafas. Tak magik tu? Tak guna alat  bantuan pernafasan. Tangan, kaki boleh bergerak. Tak guna bateri, tak guna wayar, tak guna remote control. Tu bukan magik? Tak cukup hebat ke ciptaan Allah untuk buat adik-adik kagum? " Syu bercerita panjang. Sunyi bilik tv seketika.

"Kita, kasih sayang antara kita, semua milik Allah. Cuba adik-adik tanya diri masing-masing ada dalam sehari kita luahkan rasa kagum dengan kuasa Allah? Dengan "magik" yang Allah buat yang tiada bandingannya ni.  " Krikk.. krikk.. krikk. Hanya bunyi cengkerik di taman yang kedengaran. Tiada jawapan dari adik-adik. Semua menunduk.

"Apa yang kami cakap ni bukan refer dekat Magician tu. Tapi generally. Tak salah kita nak kagum dengan seseorang tu. Tapi jangan sampai berlebihan. Jangan sampai kita lupa yang semua tu dari Allah. Tiada apa yang lebih magik daripada semua ciptaan Allah. Ingat tu. " Syu menamatkan bicara.



Lalu mereka semua memandang ke langit malam. Banyak sangat bintang-bintang malam itu. Bulan terang dan bulatt, comel. Semua kagum. Tanpa disedari mulut mereka mengucapkan 'Subhanallah'...


Tuesday 4 December 2012

AYAT-AYAT CINTA



Keluar bilik tengok tv terpasang. Takde orang pun tengok. 'Aissh, pembaziran elektrik je kerja adik-adik aku nih.' Baru je nak tutup tv, tiba-tiba aku terdengar lagu Ayat-ayat Cinta oleh Rossa berkumandang. Macam pernah dengar je lagu ni. Ohh, OST cerita Ayat-Ayat Cinta. Emm, agak ketinggalan kereta api laa aku nih. Masa zaman sekolah 2, 3 tahun dulu kawan-kawan duk masyuk abes ah ngan cerita ni, cerita cinta Islamik laa katakan. Cehh, kalau dah filem tu mana laa nak boleh Islamik, huhu. Last sekali aku decide, boleh lah jugak tengok, apa yang diorang duk syiokk kan sangat dengan cerita ni. Dengar kata tangkap leleh. Daa. 

Tengah-tengah syok tengok Fahri dengan Maria, adik aku Si Faris join kat sebelah. 

"Kak, sedih giler kot cerita ni. Mesti akak meleleh tak ingat dunia punya."

"Cehh, takdenya aku nak meleleh. "

Emm, patut lah ramai peminat Si Fahri ni, ada rupa, warak, lembut. Aishh, nak satu laa macam ni! Haha, roh gedik merasuk Si Sophilea ni kejap.

Tetiba sampai part Fahri dengan Aisha dah kahwin! Perfect couple gitu. 

"Weh, macam queen control pon ada Aisha ni" tiba-tiba aku komen. Yelaa, laki nak kerja pun tak bagi? Dah terbalik dah ni.

"Weh, yang kau pergi usik barang laki kau, tanpa tanya dulu tu kenapa?" tambah lagi. Tiba-tiba banyak pulak tak puas hati dengan Aisha. Emo pulak dah.

"Weh, kasarnya Aisha dengan laki dia." takda laa kasar pun, tapi kurang lembut di mata aku. Cakap pun takde nada lembut. Ada scene tertentu laa. Aku sensitif sangat kot. 

"Yang akak dari tadi pergi komen Si Aisha tu kenapa? Orang duk fokus benda lain, dia pergi fokus benda lain, " Faris tegur kakak dia yang emo tetiba.

"Iya laa kan. Fahri tu kan laki dia. Patut laa dia tanya dulu pendapat laki dia ke apa ke before buat something. Ni, Fahri nak kerja tak bagi, dibuangnya komputer Fahri lagi. Even dah rosak, at least tanya atau bagitau laa sepatah dekat Fahri. Nasib baik Fahri hati lembut. Cett. "

"Dah laa kak, fokus kat jalan cerita laah. Banyak cakap pulak dia nih. " aku senggol sikit kepala budak ni, haha. Melawan cakap kakak sangat. 

Tiba-tiba pikiran aku melayang. Em, orang dah kahwin memang la kena hormat suami dia. Perempuan bujang macam aku ni pulak kena hormat ibubapa. Suddenly aku macam tersentap. Terasa. Aku pernah je tak sengaja meninggikan suara kat mak. Layan tak layan mak cakap. Ya Allah.. aku pandai komen kat Aisha tu tadi, kasar tula, ni laa. Padahal tak laa pun sebenarnya. Kalau nak kira, aku ni lagi laa kasar dengan mak aku walaupun aku tak sengaja. Dah memang macam tu pesen aku. Tapi.. Mak tetap mak. Walaupun mak tak kisah, macam Fahri ni tak kisah. Tapi, syurga tetap di bawah telapak kaki Mak! Mak, akak tak sengaja! Maafkan akak! " sobss.. sobss.. 

"Haaaa, orang dah kata akak conpem nangis!" Tetiba adik aku menyergah. 

"Ha? " aku rasa ada air hangat mengalir kat pipi. Lantas aku lap. Tengok skrin, dah scene Maria tengah sakit. Fuuh, nasib baik part sesuai jugak aku nak nangis. Haha, dik, kau ingat aku nangis sebab tengok diorang berlakon ke? Aku duk terkenang dosa aku dengan Mak lah. 

Eh jap, dah nak habis? Hailaa, mengelamun punya pasal dah terlepas banyak scene. 

____________________________________________________________





Penulis memang suka tengok sesuatu dengan begitu detailnya. Sama macam si Sophilea ni. Suka kaitkan benda-benda di sekeliling penulis dengan apa yang boleh dikaitkan. Kalau tengok cerita, cari moral values, bukan dok tengok pelakon-pelakon tu handsome ke, lawa ke. Tu memang la aset suatu cerita tu, tapi cuba elakkan jadikan tu tarikan. Cuba. 

Dah kisah Ayat-ayat Cinta ni pasal cinta, kenapa Sophilea boleh terdetik pasal mak dia pulak? Haha. Emm, macam penulis cakap tadi, kami suka kaitkan point-point tertentu. Automatik, heheh. So, Sophilea duk komen Si Aisha kasar sedikit dengan Fahri (Sophilea sorang kot perasan, detail sangat! huhu ) sedangkan syurga di bawah telapak kaki suami. Macam kita-kita yang still bujang trangtangtang ni, jaga laa perasaan Ibu Bapa, Ummi Abi, Mama Papa, Mommy Daddy and so on. Diorang la aset terpenting kita.


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
:
 “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” 


Tengok, bila kita pandang serius suatu perkara, benda kecik macam ni pun boleh di perasannya. Tapi, impak dia amatlah besar. Tentang redha ibubapa! Syabas Sophilea! ^^
Kita pun kenalah selalu muhasabah diri. 
Hari ini dah bagi ibu bapa kita ayat-ayat cinta?  :)

_____________________________________________________________

"Sophileaaaa! " mak melaung dari dapur. Nak suruh siang ikan la tu. Ah, cerita ni sikit lagi nak abes. 
Eh, tadi baru cakap nak jaga hati mak? Cerita ni bila-bila boleh tengok. Pantas Sophilea bangkit dari sofa, menuju ke dapur berlari-lari anak. Tak nak mak menunggu lama. 

"Yeee Mak! " senyum melebar di wajah Sophilea. Tekad, mulai hari ini, hanya ayat-ayat cinta akan menyapa telinga ibunya. 


Monday 3 December 2012

UDAH UDAH LER TU


Sepertimana kita tak boleh menyentuh perempuan/lelaki yang bukan mahram dengan  kita selagi tidak akad, seperti itu juga laa kita tak leh nak sentuh hati dia, kecuali memang dah sampai seru, boleh lah jumpa walinya, bukan Si Dia. Simple kan konsep tu. Islam ni mudah. Simple. Tapi jangan nak simplified pulak. "Niat yang penting, bang." Aissh, ada jugak nak kena hantuk kepala biar sedar sikit. Sayang tak salah, yang salahnya masa yang korang-korang pilih nak berkasih sayang tu dan caranya jugak salah. 

Bercintan lama-lama pun belum tentu She's the one atau He's the one tau tak. Kenapa nak bazirkan masa, duit, air liur korang nak curahkan kat benda yang belum pasti nih. 



Masa
Korang kena luangkan masa nak teman Si Dia window shopping, tengok wayang, makan. Ish, patutnya duk rumah teman mak ayah. Dah laa balik cuti sekali dalam 6 bulan! Balik kampung, berkepit pulak dengan makhluk-tak-halal. Kasar di situ. Hah, memang patut. Cuba cuba laa luangkan masa sebanyak mungkin dengan pemely(family) korang. Ada ke perintah suruh kita taat pakwe, makwe? Takde rasanya. Yang adanya taat Allah, Rasul, Ibubapa. Ish, tulaa. Ponteng kelas Agama lagi lenkali. (kantoi kan korang, haha)

Duit
Kejap-kejap, "Bah, nak duit, nak topup!" Aduuh, nak couple sangat, yang pergi mintak duit Abah pulak nak beli kredit tu kenapa. Tulaa, bila ada sorang lagi yang kau kena jaga ni, asyik kena mesej dia je. Macam kena jaga Big Baby laa pulak. Asyik kena tanya dah makan ke belum, dah tido ke, dah mandi ke. Haishh, baik takyah ada laa daripada ada. Dah tak pasal-pasal tambah lagi beban. Beban dosa lagi (?) Oooppsss, huhu. Satu mesej sent, satu dosa imported dalam buku amalan belah kiri kita(kalau kandungan mesej tu benda tak baik lah). Hahh, kira laa banyak mana dah mesej yang kita duk syiookk sangat berbalasan ngan makhluk-tak-halal. Takkan laa tiap-tiap hari kerja kita nak ternak dosa jee. Istighfar sikit. Em, baik laa kita kumpul duit kita tu, pergi sedekah dekat masjid!

Air liur?
Haha. Sudah menjadi kewajipan dah tu untuk pasangan yang mabuk bercinta ni, untuk membazirkan air liurnya memuja makhluk-tak-halal. Tiap-tiap hari kena cakap kita rindu dia, kita nak jumpa dia, kita cinta dia, kita sayang dia. Korang tak letih ke? Macam satu kerja yang wajib pulak dah. Agak-agak mana lagi banyak kita guna air liur kita? Baca al-Quran, zikir, istighfar, selawat atau puja makhluk-tak-halal ?


Serabut Otak?
Yela, mana tak serabut, asyik nak kena pikir dia je. Sikit-sikit jealous, sikit-sikit merajuk, sikit- sikit gaduh sikit-sikit nak kena pujuk. Ha, korang tak tensi ke hidup camni? Weh, free kot kalau takde sume-sume tu, huhu. Lain laa kalau hubby ke, wife ke. Mereka adalah penenang jiwa kita, Bukan sang pakwe, makwe, yang merosakkan lagi jiwang tenang kita? Buat jiwa makin kacau ada laa.

Emm, banyak sangat mencarut dah penulis nih. Maaf kalau terkasar bahasa. Hehe, saja nak jentik hati sikit. Nak info lebih detail, boleh lah melawat laman ini. Blog di bawah sangat padat! Tak paham-paham lagi tak tahu laa. 

http://mazeermohamad.blogspot.com/2011/12/hukum-couple.html

Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Nak rushing-rushing and runsing-runsing kenapa? :) :)

Sunday 2 December 2012

APAKAH DI FIKIRAN ANDA?


Kali ni Luna pulak mengadap laptopnya, log in Facebook. Browse, browse, bukak Home, baca post orang. Menjeling ke arah Syu yang merangkap orang-katil-sebelahnya. Sedang membaca buku Batu-Bata Kehidupan sambil meniarap. Syu perasan.

"Apehal main jeling-jeling ni?"

"Takde laa. Tengok laa budak-budak ni update status masing-masing. Nak makan la, pergi mall pun update, nak masuk toilet pun update ka? Mana akay hang? " marah ni, marah.

"Haa, jangan gitu. Jalankan tugas laa. " Syu mengeyit mata pada Luna. Sejuk. Kami memang saling memperingati satu-sama lain. Sweet sangat hubungan kerana Allah.

__________________________________________________________




Lagi isu pasal updating status anda di laman mukabuku. Kenapa ya suka buat status yang tak datangkan pekdah pon? "Pergi makan, byee. " , "Nak tido, byee, " Haaa, tu contoh yang takleh blah. Kalau sekali-sekala takpe gak. Hmm, kan kalau twist sikit je, dah ada manfaatnya, contohnya, "Before makan, bacalah Bismillah, " ke , "Before tido baca lah doa tido dan selawat ke atas Nabi, " ke. Haa, kan ada juga pekdah kat orang lain, tolong remind baca doa, sunnah tu. Huhu.

Jenis lain pulak, suka bukak aib orang, mengumpat dekat FB. Aisshh, Nauzubillahiminzalik! Ya Allah, tak cukup bercerita kat kawan-kawan, gi pulak cerita kat semua orang kat FB tuh. Kasi tau semua keburukan si polan, si polanah. Besarnya dosa bukak aib orang. Kita pergi bukak aib orang, nanti Allah yang bukak aib kita nanti, tau! Bila laa pulak masanya nanti nak pergi mintak maaf dengan semua orang, wey. Dusshhh.


“Tidak akan masuk syurga orang yang membuka aib orang lain“.


-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Lagi, lagi. Jenis yang suka suki tunjuk yang dia tengah bercintan cintun. Ishh, apa nak dibanggakan sangat dengan "makhluk tak halal" tuh? Macam orang nak tahu. Haha. Lain laa kalau dah menikah, boleh la aku nak cakap tahniah, nak doakan sampai ke anak cucu, cicit ciut. Ni, hubungan entah mana tuju, dah dibanggakan. Bila clash, ada la pulak yang break down, update pasal dia sedih bagai la pulak. Yang pergi mengata Ex dia pun ada. Hmm, lumrah kehidupan. Lepas satu, satu. 

Lagi, jenis yang suka cerita pasal artis pujaan. Idola. Especially K-POP. Cett. Emm, orang tu bayar ke korang tolong promote tu? Ada dia cakap, "Thanks sebab promote saya, nanti datang laa free konsert saya. " Haha. Kalau ada, salute lah. Weyy, Idola-idola ni semua tanda kita taksub kat orang tu je. 

Sebagai seorang umat Islam, kita patut jadikan Rasulullah SAW kita sebagai idola, pujaan. Rasulullah tak pernah jumpa kita pun rindukan umatnya. Tapi kita buat apa sebagai umat Muhammad? Yang kita, pergi bangga-banggakan artis. Artis bukan Islam pulak tu. Apa yang kita dapat contohi? Pakaian yang tak cukup kain? Lirik lagu yang lagha, memuja keduniaan semata-mata? And, and, diorang ke yang dapat bagi syafaat kat kita kelak?  

Gitu lah sedikit sebanyak contoh status di FB yang penulis rasa anta-anti semua kena ubah. Jomm laaaaaa ubah. Hehe, terdesak di situ. Yelaa, nak jugak kita sama-sama bunyi ting, ting, ting, tanda pahala kita masuk dalam tabung (weh, bukan betul pun, analogi, huhu) bila orang ramai baca status kita yang bermanfaat. Cuba conteng laman anda semua tu dengan sesuatu yang dapat membela anda semua di akhirat kelak. Walaupun sedikit. Lets make every moves counted! Cuba.

Rasulullah pernah bersabda, "Sampaikan lah dariku walaupun sepotong ayat"

Kita bukan siapa-siapa, tak ada kelebihan mungkin, nak mentarbiyah orang secara besar-besaran. Ni laa masanya, guna FB, Twitter, Skype and segala bagai, untuk menyebarkan bahagia! Senang je, tulis tulis, tekan share. Bila anda share ini post pun dah dikira menyampaikan!  ^^



GANTI



SPM dah habis.

Adik aku sebenarnya tahu yang aku duk contact-contact dengan pakwe dia. Pakwe? Takleh  blah. Mana laa ada istilah tu wey dalam Islam ni. Lain laa kalau nak panggil laki kau pakwe. Heh. Ok, dia tau. Tapi kita orang tak pernah pun cakap pasal budak tu. Kenapa? Malu, control ayu! Zuraina, Zuraina. Nasib baik aku sayang.

Lepass tuu, rancangan jahat pun bermula.. Eh, jahat? Of course laa tak. Mulia punya plan, hehe. As usual, kami, Aku-Fuad teruskan sharing dan beriadah almost setiap petang laa kot.

"Indah kan persaudaraan dan hubungan kerana Allah, " aku memulakan perbualan, ringkas.

Fuad senyum. "Betul. Saya bersyukur kenal Abang. Abang dah macam abang kandung saya. "

Aku senyum gak. " Abang pun macam tu, Fuad. Emm, kalau ada Abang je boleh? " aku start masuk jarum. Heheh. Apa lagi, sentap budak tu. Wey, wait wait. Apa kau pikir ni budak?

"Apa maksud Abang? Saya tak minat lelaki. " serius je dia jawab. Kan aku dah jawab, dia pikir benda lain. Hahahaha, apa lagi, pecah perut aku gelak. Ehh, control, tak baik gelak kuat-kuat.



"Takdelah Fuad. Maksud Abang, ganti Abang dengan Aina. Selain Allah, jadikan Abang tempat Fuad curahkan segalanya. Bukan Aina." aku dah mula serius. Angin taman sepoi-sepoi. Ahhh.. tenang.

"Kenapa macam tu Bang? Saya ada buat salah ke? "

"Ada. Fuad, Fuad buat salah dengan ada hubungan dengan orang yang belum halal dengan Fuad. Takde pun term couple dalam Islam ni, Fuad. "

"Tapi kami tak buat pape yang tak baik pun. Lagipun, tak boleh ke Fuad sayangkan Aina? " Kan dah keluar alasan klise tu?

"Tak, tak salah nak sayangkan Aina, sebab perasaan kita tu fitrah, dan kita memang takleh nak control pun benda tu. Cuma masanya salah. Fuad salurkan kasih sayang Fuad tu pada masa yang salah. "

"Dan, walaupun Abang tau, korang tak buat benda tak senonoh, kita manusia biasa Fuad. Allah lebih tahu. Boleh jamin ke korang tak saling teringat, saling merindui, walaupun tak contact. " aku menyambung.

Selepas menjelaskan sedikit sebanyak kepada Fuad, aku lihat airmata Fuad mengalir laju. Tiba-tiba, aku rasa aku kena peluk dengan Si Fuad.



Saturday 1 December 2012

PENTING SANGAT KE?



Mengeluh. Tak baik sebenarnya. Tapi bingung melihat rakan-rakan di facebook asyik muatnaik gambar yang bermacam-macam gaya. Sakit bijik mata. 

"Fuuh, kasaunya ayat kau Syu! Selalu tak macam ni. Huhu," tegur si pemilik katil sebelah, Luna. 
"Yelaa, aku.. Entah laa, runsing pikir masalah masyarakat, masalah umat, muslimat terutamanya. Macam dah kena sampuk dengan hantu gedik ke ape nih."
"Astaghfirullahalazim kau nih. Yang kau pergi mengata diorang tu, awatnya? Kita kena lah laksanakan tugas kita," kata Luna sambil mengeyit mata pada aku. Gedik, haha. Ok, sejuk sikit hati.

___________________________________________________________

Kan, kan? Budak zaman sekarang ni, bila dah kemaruk dengan alam maya, gini laa jadinya. Hari-hari ada saja gambar yang mahu ditayangkan, pada siapa? Mamat mabuk cinta yang entah dari mana, yang berlambak jadi friends kau tu? Sampai beriban-riban pulak tu gambarnya. Dah laa aurat terdedah sana, dedah sini. Kesian pun ada, tak ada duit nak beli kain kot. Husnuzon. Haha. Ok, kena ikhlas. 




Emm, apa diorang dapat? Aku rasa hari-hari duk tambah dosa je kot. Yelaa, bagi orang lain tengok private parts kita, entah-entah sampai menaikkan syahwat orang tu. Kan berdosa besar tu. Ya Allah, nak fames ke? Penting sangat ke uploading-uploading ni semua? Dapat award ke? Dah laa award kat dunia pun tak dapat, award akhirat sana belum tentu lagi. 

Yang tak dedah aurat pun, tak kena laa asyik nak report je aktiviti, siap buat montaj gambar dia. Aishh, buat tu boleh, simpan elok-elok dalam laptop je kan elok. Apa laa sangat dapat dengan tayang muka kat laki bukan muhrim tu? 

Nak fames macam jadi famous amos tu? Baik laah fames di kalangan penghuni langit, daripada kalangan penghuni bumi yang fana ni. Macam, macam, emm, macam Uwais al-Qarni? Ya Allah, nak sebut nama dia pun dah gagap. Fames sangat di kalangan penghuni langit, kalau korang nak tau. Tak pernah jumpa Rasulullah, tapi dianggap sebagai kalangan para sahabat. Waaahhh, asyik bangat! Ok, nanti kalau rajin, akanku update pasal Uwais al-Qarni ni, buat special edition. Heheh.

Tolong laah, jangan jadikan alam maya ni tempat kita tambah lagi dosa kita yang memang dah sedia tak terhitung ni. Dengan dosa yang kita tak tau kita buat lagi? Haishh. Jom laaaaa buat Allah sayang kitaaaa.. ^^

ADIK ABANG, FUAD


Allah dah bagi aku tanggungjawab sebagai daie kepada adik aku sendiri, Iyala, dah namanya abang, kena la jaga adik. Emm, perempuan ni kalau kita direct sangat ngan dia, nanti tak pasal-pasal aku dah tak jadi abang kesayangan dia. Haha, memang laa kan, Aku sorang je abang dia, ok! And dia sorang je adik aku. Schhweet kan? Uweekk. Emm, so jalan jauh sikit, Si Fuad.



Dari hari ke hari aku dengan Fuad makin rapat, macam adik-beradik laa pulak dah, Tak pasal-pasal dapat adik laki free. Dia pulak rajin dengar aku bercerita dan sharing bagai, aku pun bantai jelaa, dah orang nak dengar, huhu. Actually aku ada target la. Ada arah tujunya. Memang aku dah sayang dah kat budak tu. Budak baik. Memang ada ciri-ciri lelaki pilihan, tapi iyalaa. Ada lagi benda yang budak ni tak paham. Tu laa kekurangan sekolah harian ni, kurang pembentukan peribadi dari hati(oops, papepun aku sayang sekolah aku lah)

Aku kena laa cari masa nak attack kan. Kena tunggu lepas SPM, kang tak pepasal ada yang frust tertonggeng, break down, tak dapat fokus SPM, and aku lah yang rasa bersalah akhirnya. Sooo, in the mean time, aku layan je Si Fuad ni baik-baik. Dah masuk gang laa pulak! Main futsal, main badminton sesama. Beribadah sambil tadabbur alam. Setiap peluang kita kena amek, lets make every moves counted!

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Mereka yang mengingati ALLAH saat berdiri, duduk dan berbaring sambil memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia ; Maha Suci Engkau, jauhilah kami daripada azab neraka."   
(Ali Imran : 190 - 191)

Ya Allah, bersyukurnya aku Kau turunkan dan dekatkan seseorang untukku sampaikan dakwah di jalanMu.
Kan? Macam-macam cara Allah nak bagi pahala kat kita. Jangan ingat semua benda tu kesusahan je untuk kita. Positive thinking sikit, wey. Alamak, dah keluar brutal balik. Tak leh nak jiwang sikit. Haha.


*tbc