Wednesday 5 December 2012

MAGIKA


Suatu malam, Syu dengan Luna melangkah ke bilik tv di blok 7 Kolej Raflesia. Masuk je, riuh suara junior-junior tengah tengok Magic Show. Sape entah tukang silap mata tu, Sheril? Shahril? Entah. Syu dengan Luna memang tak pernah ambil tau hal-hal cam gini. Buta sikit pasal rancangan-rancangan yang kurang ilmiah ni.

"Ooooo, caya lah. Macam mana dia boleh buat tu? " kata sorang junior ni, kagum.

"Entah, terror abes ah, " sambut sorang lagi junior.

Bertambah riuh jadinya bila tukang silap mata tu berjaya melepaskan diri dari ikatan. Kalau tidak berjaya dalam 30 saat, sang Magician tu akan di baham jerung kat bawah air tu.

"Apa nak kagum sangat dik? Trick je tu. " Luna menambah. Jelek dengan budak-budak ni yang kagum dengan benda-benda macam ni. Sorang budak yang paling dekat dengan Luna mendengar kata-kata Luna.

"Eh kak, kan dia buat depan mata kita tu? Tak nampak trick apa-apa pun."

"Memang dia buat sendiri, kak" tambah lagi sorang budak.

Alahai, datang belajar sampai Kolej Tun Husin dengan scholar JPA, takat tu je kamu boleh fikir, dik?
Luna pandang Syu. Syu pandang Luna. Dorang menggelengkan kepala. Hampir serentak.


Mereka mengambil keputusan untuk menunggu rancangan tersebut tamat sebelum melaksanakan tugas macam biasa. Sambil itu, mereka tadabbur ayat suci al-Quran bersama. Tak nak membazirkan setiap saat yang ada.

_________________________________________________________



Tamat. Tv diOff. Lalu Luna dan Syu meminta beberapa junior yang tinggal untuk duduk sekejap bersama mereka di taman tepi blok. Ada yang mahu di kongsi katanya. Junior-junior tersebut macam kurang senang. Ada yang buat muka. Yelaa, diorang tau Luna dan Syu ni tukang sihir jugak kolej tu. Asyik dikejarnya junior-junior untuk ditarbiyah. Sihir bagi lembut hati laa. Kami sayang kamu.

"Tadi adik-adik sangat bangga tengok Magician tu buat trick kan? " Luna mula.
Pantas mereka-mereka ni macam belatuk semuanya, mengganggukkan kepala laju. Tunjuk muka yang sangat kagum.

"Macam betul magik kan? Tiba-tiba gajah boleh ada belakang kain nipis tu, belah-belah badan orang dan bila sembur-sembur sikit dapat sambung balik. Apa lagi eh? " Syu pura-pura bertanya.

"Terbang kak Syu! Orang tu boleh terbang! Hebat kan? " Junior bernama Julia menjawab dengan jujurnya. Aishh budak-budak ni.

"Hebatkan? Emm, adik-adik sangat kagum dengan apa yang manusia boleh buat. Padahal mereka semua tu memang dah ada trick. Yang guna jin pun ada. Bukan mereka yang ada power tu. Cuba adik-adik pandangan sekeliling. Adik-adik tak rasa semua ni magik ke? Tak rasa kagum ke dengan sekeliling kita?  Burung boleh terbang, adik-adik tak kagum? Padahal semua tu berlaku depan mata adik-adik kan? Live. Lagi, langit tergantung. Takde tiang, takde tali yang pegangnya. Yang paling dekat, kita sendiri. Kita dapat bernafas. Tak magik tu? Tak guna alat  bantuan pernafasan. Tangan, kaki boleh bergerak. Tak guna bateri, tak guna wayar, tak guna remote control. Tu bukan magik? Tak cukup hebat ke ciptaan Allah untuk buat adik-adik kagum? " Syu bercerita panjang. Sunyi bilik tv seketika.

"Kita, kasih sayang antara kita, semua milik Allah. Cuba adik-adik tanya diri masing-masing ada dalam sehari kita luahkan rasa kagum dengan kuasa Allah? Dengan "magik" yang Allah buat yang tiada bandingannya ni.  " Krikk.. krikk.. krikk. Hanya bunyi cengkerik di taman yang kedengaran. Tiada jawapan dari adik-adik. Semua menunduk.

"Apa yang kami cakap ni bukan refer dekat Magician tu. Tapi generally. Tak salah kita nak kagum dengan seseorang tu. Tapi jangan sampai berlebihan. Jangan sampai kita lupa yang semua tu dari Allah. Tiada apa yang lebih magik daripada semua ciptaan Allah. Ingat tu. " Syu menamatkan bicara.



Lalu mereka semua memandang ke langit malam. Banyak sangat bintang-bintang malam itu. Bulan terang dan bulatt, comel. Semua kagum. Tanpa disedari mulut mereka mengucapkan 'Subhanallah'...


No comments:

Post a Comment