Thursday 21 February 2013

Teramat, Aku Ingin MencintaiMu







                                                                   kredit


Dalam rancangan, malam ini mahu stay up untuk study. Secawan kopi sudah hampir habis dihirup. Lalu diletakkan di atas meja study. Eh, dah pukul satu pagi. Dengar nasyid best jugak pagi-pagi ni, sebelum sambung study semula. Teringat lagu nasyid yang baru sahaja kawanku perkenalkan. Laju jemari ini mencari nasyid bertajuk "Aku Ingin MencintaiMu" oleh EdCoustic. Em, apa yang best sangat sal lagu ni, agaknya sampai kawanku kamaen lagi promote. Layan je la. Lagu dimulakan petikan piano dan aku khusyuk cuba menangkap liriknya...

Ya Allah, ayat pertama sudah membuat aku mengalirkan mutiara air mata di pagi yang hening ini. 

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa..

Ya Allah, Ya Allah.. Aku malu! Diriku terlalu melakukan banyak dosa dan terlalu sering lalai dalam mengingatiMu.. Tapi, Engkau tak pernah berhenti memberi segala nikmat pada diriku, hambaMu yang sangat hina ni, ya Allah. Diriku terasa sangat malu padaMu.. Kau memberi dan terus memberi. Namun aku, adakah aku terus bersyukur dan bersyukur? Air mata terus mengalir menuruni pipi.

Entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
betapa tak ada apa-apa aku dihadapanMu

Dan lagi.. air mata ini bukan sahaja tidak mahu berhenti, bahkan makin laju bagaikan berlumba-lumba untuk membasahkan pipiku. Aku mungkin terlena seketika. Terlena. Bagaikan mengerti perasaan aku, yang sangat bersyukur kerna Allah masih mahu memberi peluang pada diriku untuk masih merasakan nikmat nyawa dan peluang untuk kembali padaNya. Alhamdulillah, masih boleh terjaga daripada lena yang dihiasi mimpi palsu. Allah masih menunggu hambaNya yang ini untuk terus mendambakan keredhaanNya semata. Dan juga air mataku mengerti yang dosa-dosa yang lalu perlu dibersihkan kerana menyedari betapa hinanya diri ini di hadapan Allah. Kita merasakan diri sudah bagus dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Tetapi, adakah pernah terlintas di fikiran kita, bagaimana kedudukan kita pada pandangan Allah? Sedangkan itulah yang paling utama kerana keredhaan Allah lah yang menentukan kebahagian kita di dunia dan akhirat terutamanya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan seluruh hambaMu.

Aku ingin mencintaiMu
setulusnya, sebenar-benarnya aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku

Laju dan laju bahkan makin laju. Banjir dan banjir. 
Betapa aku ingin mencintaiMu ya Allah. Betapa. Terketar tangan dan badanku betapa ingin merasakan cinta Allah yang sebenarnya-benarnya. Betapa aku dambakan itu. Kau buanglah dunia ini dari hatiku ya Allah. Letakkanlah dunia ini hanya di tanganku, bukan di hatiku. Biarkanlah hanya diriMu yang bertakhta dalam setiap hela nafas, setiap degupan jantung, setiap deruan laju darahku mengalir ya Allah. Dalam setiap langkahku, biarlah aku sentiasa berzikir dan mengingatiMu. Aku malu dengan pokok, malu dengan burung, kerana sebenarnya mereka sentiasa berzikir kepadaMu. Mereka dijanjikan syurga olehMu. Namun, aku? Di manakah tempatku, ya Allah? Di manakah penghabisan aku, ya Rahman?

Aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi

Walaupun sehina mana diriku ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang mendambakan keredhaanMu, ingin sentiasa berada dalam keadaan yang aku tahu Engkau meredhaiku. Makin terketar badanku apabila mendengar mendengar verse terakhir nasyid ini. Itu adalah nikmat paling besar, iaitu bertemu dengan Pencipta kita dan seluruh alam ini. Namun, layakkah aku? Duhai air mataku, aku mengharapkan kau dapat menjadi penghapus api neraka untukku di akhirat kelak. Kerna aku tahu, aku hanyalah insan biasa yang sering dan terlalu sering melakukan kesilapan yang sama, berulang kali. 

Allah masih mengurniakan kita nyawa sehingga hari ini. Allah nak mendengar hambaNya merintih padaNya, memohon keampunan daripadaNya. Bukanlah untuk kita gunakan untuk mencuba setiap nikmat dunia ini, sehingga lupa siapa yang memberikan kesemua nikmat tersebut. Wahai manusia! Sedarlah. Sedarlah! Ayuh, Syurga menunggu kita. Eh, neraka pun menunggu jugak, apa! 

Gulppp!

Nah, ayat daripada Allah, al-Hadid ayat 20.

"Know that the life of this world is but amusement and diversion and adornment and boasting to one another and competition in increase of wealth and children - like the example of a rain whose [resulting] plant growth pleases the tillers; then it dries and you see it turned yellow; then it becomes [scattered] debris. And in the Hereafter is severe punishment and forgiveness from Allah and approval. And what is the worldly life except the enjoyment of delusion."

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikanperhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

-Srikandi Umar
2.13 a.m
#Mendambakan CintaNya
Moga Allah Redha






No comments:

Post a Comment